Pada 16 Oktober 2025, audit dalaman bagi Sistem Good Manufacturing Practice (GMP), Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) dan Prosedur Operasi Standard (POS) Sajian telah dilaksanakan di Unit Sajian, Hospital Raub. 
Audit ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan pematuhan standard keselamatan makanan serta peningkatan kualiti perkhidmatan sajian hospital.
Audit ini dijalankan oleh tiga orang auditor dan Cie turut serta sebagai salah seorang auditor yang ditugaskan untuk menilai kepatuhan dokumentasi, pelaksanaan prosedur di dapur hospital, serta amalan kebersihan dan keselamatan makanan oleh staf Unit Sajian.
Keperluan audit ini adalah setahun sekali bagi setiap hospital. Hospital Cie dah selesai pada 1 Oktober yang lepas. Kini giliran Cie pula menjadi auditor.
Cie keluar rumah seawal 7.30 pagi. Kena drive sendiri la sebab dekat je nanti boleh claim elaun perjalanan. Perjalanan ke Raub 1 jam saja. Cie singgah 7E Cafe dulu nak beli Iced Latte. Takut mengantuk waktu drive walaupun dekat je.
Cie jarang sangat drive keluar dari Lipis. Dalam setahun tu ada la sekali 2 je kot atas urusan kerja macam ni la. Sepanjang drive ke Raub tu ada 2 kali jela berhenti ketika traffic light merah di 2 tempat. Sempat la selfie kejap.
Sampai di Hospital Raub ngam sejam drive. Cie dah beberapa kali ke Hospital Raub. Cuma atas urusan audit ni baru kali pertama. 
Tuan rumah sediakan sarapan. Sebelum mula audit kami bersarapan dulu. Sesi audit berjalan dengan lancar. Selalunya bila audit ni kita bukan mencari salah tapi tegur menegur apa yang boleh diperbaiki. Apa yang elok kita bawak ke tempat kita pulak. Boleh la bertukar-tukar idea.
Secara keseluruhan, Unit Sajian Hospital Raub menunjukkan komitmen tinggi terhadap pematuhan standard keselamatan makanan. Beberapa cadangan penambahbaikan turut dikemukakan untuk memastikan amalan berada pada tahap optimum dan seiring dengan keperluan audit luaran kelak.
Pelaksanaan audit dalaman ini berjaya disempurnakan dengan kerjasama dan profesionalisme semua pihak. Diharapkan usaha berterusan ini dapat mengekalkan standard tinggi dalam penyediaan makanan yang selamat, berkualiti serta mematuhi garis panduan GMP/HACCP bagi manfaat pesakit dan warga hospital.
Selesai audit, pihak tuan rumah sediakan menu lunch pula. Selepas lunch lebih kurang 30 minit Cie pun gerak balik. Risau mengantuk sebab lepas makan kan. Alhamdulillah selamat sampai rumah tak mengantuk pun. Sejam je kan. Tiba-tiba sampai je.
Selesai dah tanggungjawab menjadi auditor tahun ni. Tengok tahun depan ke mana pulak kita ditugaskan menjadi auditor. 





6 Ulasan
Hospital memang tak lepas dengan audit mengaudit ni. Kita orang banyak jenis audit, Audit casemix lah audit koding lah jenuh weiiiii. Yang gerun tu bila audit kpi huhuhu
BalasPadambukan biasa2 ni jadi auditor. mesti orang gerun hehe
BalasPadamSesekali keluar utk tugasan luar seronok juga kan...
BalasPadamalhamdulillah setel semua tu
BalasPadamintid dari audit bukan mencari salah tapi tegur menegur apa yang boleh diperbaiki
BalasPadamSaya suka sekali
Alhamdulillah setel.. tunggu external audit pulok..
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.