Bela ikan laga ni sebenarnya bukan benda baru bagi Cie. Ia bermula sekitar tahun 2007 lagi, masa Cie bekerja di Genting. Masa tu takde ambil gambar ikan.
Cie berani bela ikan jela. Pets lain Cie tak berani nak bela. Ikan ni kecil, tak perlu nak belai, senang jaga, tapi cukup menghiburkan. Bila stres kerja, tengok ikan berenang pun dah boleh buat hati gembira.
Kalau Cie cuti balik kampung pun Cie angkut jugak ikan tu bawak balik. Ada masa tertinggal di kampung. Mak la tukang bagi makan ikan tu. Hayat ikan laga ni biasanya tak lama. Tiba-tiba mati je.
Teringat masa Cie kerja kat Genting. Staf Cie cakap “aku tengok mata kau miss dah serupa ikan pelaga”. Dengan loghat Sabah nya. Cie suka pakai eyeshadow biru atas mata. Masa tu kan baju manager warna biru jadi nak la senada warnanya. Kebetulan pulak ikan laga tu Cie beli warna biru. Tu dia duk mengata Cie. Hahaha.
Tahun 2010, masa Cie kerja di Jengka, Cie bela lagi ikan laga tu. Setiap balik kerja, memang akan luang masa tengok ikan laga dalam bekas. Bagi Cie ianya menenangkan kita seharian busy dengan kerja. Dapat tengok ikan berenang pun dah seronok. Bela sekejap lepas tu mati jugak.
Masa berlalu selepas dah ada anak, pada tahun 2020, Cie beli dua ekor ikan laga. Kali ni untuk anak-anak pula. Saja nak bagi pengalaman pada mereka rasa seronoknya jaga ikan, bagi makan dan tengok warna dia yang cantik.
Masa balik kampung sibuk uruskan ayah sakit masa tu, tinggal ikan tu tak makan. Cie balik rumah bau busuk 1 rumah rupanya dah mati kedua-dua ikan tu. Sedihnya la masa tu rasa ralat pun ada tak bawak balik kampung sekali. Anak-anak pun sedih ikan mereka mati.
Lepas tu dah malas nak membela. Siap beli batu-batu letak dalam mini akuarium tu. Dah rasa taknak dah bela.
Sampai la baru-baru ni pada 19 Oktober, Faiz ajak singgah di KL Beauty Aquarium, Kuala Lipis. Kononnya nak tengok-tengok je, tapi akhirnya terbeli juga dua ekor ikan laga.
Kat situ ada pelbagai jenis ikan dan ada pelbagai jenis aksesori, makanan ikan dan pets yang lain.
Faiz la sibuk nak bela, anaknya si adik Rania la teruja jugak support babahnya. Cie dan kakak Raisha tak ambil port dah. Mereka berdua la pilih ikan, pilih bekas. Beli 2 bekas, beli sekali makanan ikan laga.
Bila air dah kotor Cie la tukang tukar air. Faiz yang sibuk nak bela tu tak cara pun. Air dah berubah warna dah. Cie pun tukar la air. Bukan tiap hari la. Bila dah kotor sangat. Makanan adik Rania dan Faiz yang bagi makan.
2 November baru ni Faiz bawak balik akuarium baru. Katanya kawan dia beli kat Shopee. Ada 3 compartment. Katanya nak beli lagi 1 ekor. Nanti Cie jugak yang terlibat nak kena tukar air. Huhu
Bekas baru ni ada lampu. Ada tempat buang air kat bahagian bawah. Taktau la berapa lama jangka hayat yang ni pulak. Saja share kat sini nanti tau la berapa lama boleh bertahan ni.
3 November si Faiz bawak balik lagi 2 ekor ikan ye. Nak penuhkan bekas tu. Ingatkan dia beli ikan laga lagi, rupanya beli ikan lain pulak.
Entahla ikan jenis apa ni. Duk mengereng je dalam bekas tu. Dah dapat hobi baru bela ikan pulak anak mak mertua ni. Jangan nanti sekejap je teruja lepas tu malas dah nak jaga.






18 Ulasan
Menarik juga bela ikan laga..
BalasPadamMasa ammi kecil kat rumah memang ada aquarium. Arwah ayah ammi suka bela gold fish. Dan tiap hujung minggu dia akan tukar air (air dia siap tapis), pastu bubuh chlorine dan gold fish ni manjalah juga. kena ada oxygen, kalau tak cepat je dia mati. Kalau time birthday arwah ayah kitorang memang akan bagi aksesori hiasan aquarium. jambatanlah, pokoklah. Alahaiiii rindunya kat arwah
BalasPadamSaya pernah bela ikan laga juga, dan kura-kura. Ikan puyu pun pernah. Ikan puyu tahan lasak, air paip yang ada klorin tu pun boleh hidup.
BalasPadamHilang stress tenguk ikan berlenggang kangkung berjalan.
BalasPadamCantik le akuarium purple ikan tu..Sy ni mmg dari kecik x pandai bela ikan..Mkn ikan je tau =D
BalasPadamCantik bekas purple tu Cie.
BalasPadamAkak ada bela ikan laga, seekor je. Mula bela sejak pindah Perlis, kiranya belum lama sangatlah. Setakat ni ikan tu bertahan hidup walau selalu kena tinggal berhari-hari.
Akak letak dalam bekas yang bahagian atasnya boleh tanam pokok. Akar terjuntai ke dalam air jadi makanan ikan laga tu sementara akak takde kat rumah. Kalau bagi makan pun, penjual dah pesan bagi sikit je, 5-6 butir sehari. Lebih boleh mati. Air kena guna air bertapis.
zmn sek rendah, memang trend lah budak2 termasuk MZ bela ikan laga ni..last few yrs my boys ada jugak try bela...tp mcm tak tahan lama ajer...dh mati dh belaka...may be tak pandai jaga kot
BalasPadamBila Cie up pasal ikan laga ni teringat Akk kecik² dulu suka cari ikan laga ni di petak² sawah dgn arwah abang. Arwah suka sangat bela ikan laga ni.
BalasPadamikannya cantik-cantik
BalasPadammungkin kalau di kampung saya namanya ikan cupang
ni ikan laga siam ni yang jual kat kedai.. saya dulu zaman budak-budak ikan laga tangkap kat paya je.. saiznya kecil sikit tapi cantik jugak
BalasPadamBela ikan memang bagus, terapi .tapi, tulah.. nak menukar air tu.. hahaha..berchenta betul
BalasPadamCuya tk pernh bela ikan
BalasPadamLagi suka kucing, bole belai dan sentuh. Tapi skrg dh tkde kucing
Costing juga kalau membela pets ni...satu komitmen
Cantik jugak. Lelagi bersatu dgn bekas berlampu tu, nice nya.
BalasPadamBig but, me too lazy nak tukar air bagai.
Ikan tuan asben pun sampai mati ku jaga, ahahaha~ entah. Tuan asben je rajin bela membela natang peliharaan ni. Wife dia membela badan je la mampu. kihkihkih!
Ikan laga ni cantik kan. Kecik-kecik dulu selalu tangguk ikan ni di paya. Dulu kenal mana ikan jantan, mana betina.
BalasPadamIkan laga cantik2..tp nak kena jaga betul2 kan...kalau dapat yang pelbagai warna tu yang best kan..
BalasPadamcomel ikan laga, air rajin di ganti baru ikan laga sihat ya
BalasPadamoo ikan laga memang tak lama jangka hayat dia.
BalasPadamDulu Abang Imi pernah bela ikan lagi ni... cantik bila sirip dan ekor dia mengembang.
btw, cantiklah akuarium ada lampu dan compartment tu. Terus menyerlah.
dulu2 sy tak tahu kenapa org letakkan penghadang antara ikan laga ni...
BalasPadambila dah tau... haaa baru laa faham...
suka tengok ikan laga ni sebab ada mcm2 jenis, bentuk dan warna...
tak hairan laa kalau peminatnya sanggup berhabisan utk dpt kan ikan laga yg warnanya cantik dan rare...
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.