Menu Dinner: Nasi Goreng Udang

Cemerlang hari ni semua menu dari breakfast sampau dinner semua masak. Takdela rajin sangat tapi terpaksa la rajin la jugak dah taktau nak makan apa dan kat mana. So masak jela bukan susah pun.

Nasi goreng udang

Untuk dinner Cie masak nasi goreng udang je. Pukul 6 hantar bekal kat adik Rania. Dia stay kat kem sampai 9 malam. So kena la hantar bekal makan. Cie start masak tadi 5 lebih jugak. 

Kakak Raisha masak nasi pukul 4 lebih tadi. Bahan lain Cie letak bawang putih, bawang besar, ikan bilis, cili padi. Cie blend je. Malas nak tumbuk. Blend guna chopper je letak air sikit dan Cie tapis air tu. Tumis je macam biasa sampai garing, masukkan udang. Kacau sehingga udang masak. Akhir sekali baru masuk nasi dan bahan perasa.

Bekal adik Rania Cie letak juga jambu asam boi. Nasi goreng Cie takde sayur. Cie makan dengan sayur bayam goreng lunch tadi ada sikit lagi. Kena ada sayur baru la sedap makan. Cili potong dan keropok goreng pun wajib ada. 

Nasi goreng udang dan jambu asamboi

Lepas Maghrib terus dinner. Kakak Raisha bertambah-tambah makan nasi goreng udang ibu masak. Sedap sangat agaknya. Berselera kakak makan. 

Tadi Cie baca komen MZ katanya Cie rajin snap gambar. Ye betul Cie memang suka snap gambar sejak dari dulu. Dulu rajin share kat Facebook dan Instagram apa Cie masak. Boleh kata setiap hari la jugak. Sejak masuk usia dah makin tua ni malas dah share. So share kat blog jela.

Komen rakan blogger

Dulu Cie bisnes Shaklee. Memang kena sentiasa buat content la untuk personal branding. Gambar mesti kena ada. Dah terbiasa sampai la sekarang memang suka ambil gambar. Begitulah ceritanya.




Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Malam ni dinner akak makan cekodok je..panaskan yg pagi tadi punya..cicah sambal sardin..ikan bakar nanti PZ makan lagi sebelah...

    BalasPadam
  2. meriah udang dalam nasi goreng Cie, sama lah kak ana sebab pilih niche food & lifestyle kak ana suka ambil gambar makanan, gambar yang sama jadi entri blog, dan juga IG dan FB hehe :)

    BalasPadam
  3. Sama menu dinner kita Cie... Akk masak nasi goreng rencah macam Cie tu juga, cuma takde udang. Pastu goreng mee juga sepeket sbb nasi sikit je ada pun.

    BalasPadam
  4. Tentu sedap sebab nampak ramai udangnyer

    BalasPadam
  5. Rajin masak, suami sayang tu, anak2 semua kasih kan Cie..hebat wanita di dapur..terbaik

    BalasPadam
  6. Samalah kita Cie. Malas dah nak share di FB. Share di blog jew.

    BalasPadam
  7. Sedapnya nasi goreng udg!! Ni MZ BW sambil tunggu nak boarding ni.balik kg jap

    BalasPadam
  8. Menu asas udang ya semalam.
    anak-anak suka makan udang bolehlah masak kerap.

    BalasPadam
  9. Macam nasi goreng cina Cie masak. Sedapnya tengok.

    BalasPadam
  10. tuuuu diaaaa
    meriah udangnyaaaa ;-)

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.