Meriah jugak pekan sehari Benta ni berbanding pekan sehari Lipis macam takde apa pun. Penjual ada tapinya takde pembeli. Penjual pun dah tak semeriah dulu.
Kat pekan sehari Benta ni masih meriah walaupun takdela ramai sangat. Tak bersesak la kiranya dapat jalan melenggang lenggok lagi. Ramai jugak penjual kat situ. Kebanyakkan hasil sayur kampung.
Cie takde beli pun sayur. Semalam dah beli barang dapur. Takde plan nak ke pekan sehari. Saja singgah kebetulan lalu. Cuma beli ikan bekok dan putu piring je lama tak makan. Tu jela belinya. Ikan bekok RM12 1 plastik. Putu piring RM1 sekeping dan Faiz beli 5 keping.
Dah pusing-pusing kami gerak balik. Singgah pulak kedai Akuarium Benta nak cari ikan laga lagi 1 ekor. Kisahnya beberapa hari lepas Faiz bawak balik 2 ekor ikan tak sure ikan apa katanya taktau. Cie tengok ikan tu macam tercungap-cungap je dalam bekas ikan tu dan menggelupur je.
Kelmarin dah mati pun ikan tu. Mulanya 1 ekor mati, keesokannya 1 ekor lagi mati. Cie bebel la kat Faiz duk beli ikan yang tak tahan agaknya kalau takde oksigen. Kesian pulak mati. Senyap jela dia nya kena bebel.
Tu yang tadi beli la ikan laga warna merah pulak nak letak kat lagi 1 compartment tu kosong. Dapat la 1 ekor RM5. Balik tadi Faiz letak dalam bekas tu. Berenang-berenang la mereka kegembiraan dalam tu. Harapnya lama la lagi jangka hayat.
Seronok jugak tengok ikan ni berenang dalam tu. Menghiburkan je tengok gelagat ikan ni. Tak susah pun bela ikan ni. Tukar air bila dah kotor dan bagi makan je. Sesuai la untuk penakut haiwan berbulu macam Cie ni. Hihi





5 Ulasan
Saya paling suka kalau dapat kenpwkan sehari....Kami sebut pekan nat...rasa nostalgia dapat ke pekan sehari
BalasPadamNampaknya husband Cie kena berguru dulu dengan Cie pasal ikan laga ni.
BalasPadamIkan laga panjang sikit umurnya.
BalasPadamSeronok dapat ke pekan sari... Akk biasa cari ulam² kampung la kalau di pekan sari.
BalasPadamOh Cie geli ye dgn kucing etc? Patutlah bela ikan laga hehe
Senang bela ikan laga , tak payah bekalkan oksigen
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.