Sup Tulang Dan Daging

Semalam beli barang kat TF Cie terus beli daging dan tulang. Nak buat sup tulang. Jarang-jarang jugak beli daging ni. Sebulan sekali pun tak, ada masa tu berbulan-bulan takde beli daging. 

Kalau beli daging Cie potong siap-siap dan rebus dalam periuk Noxxa HP 30 minit je lembut elok je daging.
Petang semalam Cie terus rebus dan simpan dalam freezer sekali air rebusan.

Petang tadi tumis bawang putih, halia, bawang besar, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Dah layu tu masuk terus dalam tulang dan daging sekali air rebusan tu. Cie letak kentang, cendawan tiram, celeri. Daging tu dah lembut cuma tunggu kentang dan cendawan jela lembut.

Sup tulang dan daging

Sambil tu tadi sempat juga Cie buat bawang goreng homemade. Cie memang tak beli bawang goreng. Selalunya buat sendiri je bawang goreng. Memang sentiasa ada stok kat rumah. Sambal belacan pun buat stok jugak tadi simpan dalam fridge senang nak makan.


Untuk dinner tadi Cie buat jugak telur dadar, ulam timun makan dengan sambal belacan. Adik Rania bertambah-tambah makan sedap sangat katanya. Jarang-jarang masak daging tu yang berselera makan.




Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. Wah…sedapnya menu dinner Cie. Macam makan di kedai, siap ada ulam timun sambal belacan.

    Buat bawang goreng sendiri lebih sedap sebab masih segar rasanya.

    BalasPadam
  2. sedapnya sup tulang! terliur la plak heheeh

    BalasPadam
  3. Sup tulang dan daging mmg fav akak tp skrg x leh makan selalu..kena jaga kolesterol dh...

    BalasPadam
  4. Yummy. Nampak menyelerakan. Lama tak buat sup tulang.

    BalasPadam
  5. Sy pun jarang beli daging cie, x brp suka mkn daging, raya je mmg kompom beli daging sbb husb suka rendang daging... sup tulang kalau teringin baru beli dan buat, kalau malas, mkn kt kedai je lah jawabnya

    BalasPadam
  6. Sedap tu sup daging siap ada sambal belacan. Patutlah Rania suka sangat tu. Hilang penat emaknya memasak.

    BalasPadam
  7. wah, sedapnya. feveret saya la tu sup daging+tulang. tengok foto last tu macam order kat restoran dah.. cuma tak cukup kalian ikan masin je.. hihi

    BalasPadam
  8. sesekali bila musim hujan pekena sup tulang dan daging ni kalau akak tambah sambal kicap baru wow gitu

    BalasPadam
  9. Waaaah pasti sedaap nih kak. Saya suka sup dengan banyak seledri dan daun bawang 😍😍👍.

    Daging juga saya jarang beli. Sesekali saja. Tetap yg paling sering ayam . Bukan kenapa2, saya memang tak terlalu suka masak. Jadi yg saya masak, hanya yg simple saja. Kalau semisal teringin ikan atau daging, prefer beli di luar 😅

    BalasPadam
  10. sup tumis daratlah ye. ammi pun tak pernah beli bawang goreng. dan kalau kat kedai pun jarang ambil bawang. kalau yang dia dah serve sekali tu belasah jelah makan

    BalasPadam
  11. Bawang goreng home made jugak yg sedap... kalau beli yg dah siap tu jarang puas hati. Baik takde.

    BalasPadam
  12. fav ni sup tulang..wajib ada telur dadar

    BalasPadam
  13. salah satu kegemaran saya adalah sup tulang

    BalasPadam
  14. Sedap ni, makan sup panas-panas, nasi dan telur dadar. Patut adik Rania bertambah makan, ibu masak sedap.

    BalasPadam
  15. Sedap lah tulang.. tambah bubuh bawang goreng buat sendiri, pasti wangi.
    Akak pun jarang beli daging.

    BalasPadam
  16. Cuya pon jarang beli daging
    Masak sup tulang pon rasanya macam tak pernah. Jarang2 berlaku hehe

    BalasPadam
  17. sedap pula nampak menu ni cie. ada sikit tulang dah rebus dalam peti ais tu. untuk makan malam ni rasanya nak buat sup je la

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.