Kalau beli daging Cie potong siap-siap dan rebus dalam periuk Noxxa HP 30 minit je lembut elok je daging.
Petang semalam Cie terus rebus dan simpan dalam freezer sekali air rebusan.
Petang tadi tumis bawang putih, halia, bawang besar, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Dah layu tu masuk terus dalam tulang dan daging sekali air rebusan tu. Cie letak kentang, cendawan tiram, celeri. Daging tu dah lembut cuma tunggu kentang dan cendawan jela lembut.
Sambil tu tadi sempat juga Cie buat bawang goreng homemade. Cie memang tak beli bawang goreng. Selalunya buat sendiri je bawang goreng. Memang sentiasa ada stok kat rumah. Sambal belacan pun buat stok jugak tadi simpan dalam fridge senang nak makan.
Untuk dinner tadi Cie buat jugak telur dadar, ulam timun makan dengan sambal belacan. Adik Rania bertambah-tambah makan sedap sangat katanya. Jarang-jarang masak daging tu yang berselera makan.



18 Ulasan
Wah…sedapnya menu dinner Cie. Macam makan di kedai, siap ada ulam timun sambal belacan.
BalasPadamBuat bawang goreng sendiri lebih sedap sebab masih segar rasanya.
sedapnya sup tulang! terliur la plak heheeh
BalasPadamSup tulang dan daging mmg fav akak tp skrg x leh makan selalu..kena jaga kolesterol dh...
BalasPadamYummy. Nampak menyelerakan. Lama tak buat sup tulang.
BalasPadamSy pun jarang beli daging cie, x brp suka mkn daging, raya je mmg kompom beli daging sbb husb suka rendang daging... sup tulang kalau teringin baru beli dan buat, kalau malas, mkn kt kedai je lah jawabnya
BalasPadamSedap tu sup daging siap ada sambal belacan. Patutlah Rania suka sangat tu. Hilang penat emaknya memasak.
BalasPadamwah, sedapnya. feveret saya la tu sup daging+tulang. tengok foto last tu macam order kat restoran dah.. cuma tak cukup kalian ikan masin je.. hihi
BalasPadamPerghhh..Sedap nih =)
BalasPadamsesekali bila musim hujan pekena sup tulang dan daging ni kalau akak tambah sambal kicap baru wow gitu
BalasPadamWaaaah pasti sedaap nih kak. Saya suka sup dengan banyak seledri dan daun bawang 😍😍👍.
BalasPadamDaging juga saya jarang beli. Sesekali saja. Tetap yg paling sering ayam . Bukan kenapa2, saya memang tak terlalu suka masak. Jadi yg saya masak, hanya yg simple saja. Kalau semisal teringin ikan atau daging, prefer beli di luar 😅
sup tumis daratlah ye. ammi pun tak pernah beli bawang goreng. dan kalau kat kedai pun jarang ambil bawang. kalau yang dia dah serve sekali tu belasah jelah makan
BalasPadamBawang goreng home made jugak yg sedap... kalau beli yg dah siap tu jarang puas hati. Baik takde.
BalasPadamfav ni sup tulang..wajib ada telur dadar
BalasPadamsalah satu kegemaran saya adalah sup tulang
BalasPadamSedap ni, makan sup panas-panas, nasi dan telur dadar. Patut adik Rania bertambah makan, ibu masak sedap.
BalasPadamSedap lah tulang.. tambah bubuh bawang goreng buat sendiri, pasti wangi.
BalasPadamAkak pun jarang beli daging.
Cuya pon jarang beli daging
BalasPadamMasak sup tulang pon rasanya macam tak pernah. Jarang2 berlaku hehe
sedap pula nampak menu ni cie. ada sikit tulang dah rebus dalam peti ais tu. untuk makan malam ni rasanya nak buat sup je la
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.