2 Syawal 1447H

2 Syawal 1447H bersamaan dengan 22 Mac 2026 ray kedua. Tema raya kedua blue black. Baju Cie beli dari Anggun Collection online je. Baju tu sebenarnya Cie beli nak pakai pergi kerja tapi tak pakai pun lagi. Buat jela baju raya dulu.



Baju kakak Raisha dan adik Rania order dari Shopee je. Mulanya baju tu beli sepasang untuk adik Rania khatam Al-Quran tahun lepas, sebelum puasa tu Cie klik lagi baju yang sama.

Seawal pagi Cie dah masuk dapur masak nasi butter, ayam masak merah, acar timun dan papadom. Cie masak nasi, ayam dan papadom. Kakak Cie buat acar timun. Menu sama je untuk breakfast dan lunch. Senang sekali arung je. Takde orang beraya pun. Kakak sulung Faiz datang dengan suami dan 2 orang anaknya je.


Lepas makan kat rumah Cie kami ke rumah Kak Ngah pulak. Kakak ipar Cie nak beraya rumah Kak Ngah. Menu rumah Kak Ngah nasi dagang


Sebelah petang pulak makcik dan sepupu datang beraya. Ramai dalam 7-8 biji kereta juga. Penuh la ruang tamu rumah pusaka mak ayah ni. Makcik ni adik beradik arwah mak. Mereka sama ayah cuma mak berbeza. 

Selepas Asar kami berjalan raya rumah awek anak buah. Dihidangkan dengan menu mi kari. Lama juga kami beraya sambil berborak.


Selepas Isyak kami dinner rumah Kak Ngah. Masak dari rumah ayah lepas tu bawak makan ramai-ramai di rumah  Kak Ngah. Anak-anak buah bakar mercun sponsor by Pakcu Faiz. Meriah betul bila dapat berkumpul ramai-ramai.


Anak ketiga Kak Ngah baru kerja selepas habis belajar hari tu. Dia bagi duit raya kat semua sepupu-sepupu dan makcik-makcik. Cepat masa berlalu. Dulu makcik bagi duit raya, sekarang giliran anak buah pulak. Terasa tua pun ye jugak. Hahahah.

Gambar banyak je malas nak blur kan muka orang lain tu. Kalau masuk FB atau IG tak blur kan tapi sebab blog ni terlalu umum kan jadi tak sedap pulak nak masukkan gambar tanpa izin. Ambil kenangan je untuk tatapan.

Tamat kisah raya kedua tahun ni. Selitkan juga masa untuk pastikan setiap hari ada 1 entri dalam blog ni. 


Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. seronok balik beraya meriah ada anak anak saudara berkumpul ramai ramai

    BalasPadam
  2. Seronok, saling kunjung-mengunjung, jumpa saudara-mara, makan². Raya kedua pun ada tema baju raya, lawa juga warna biru.

    BalasPadam
  3. Atleast beli baju boleh pakai ke ofis ok lah.. akak sebab ada uniform ofis itu yang baju kurung tak banyak.. beli biasanya untuk raya je atau ada special event.

    BalasPadam
  4. samalah ana pun ada baju yg blm pakai jd buat je baju raya ehehe

    BalasPadam
  5. Seronoknya menziarah sanak saudara di Aidilfitri. Dapat mengeratkan silaturahim sambil makan macam-macam. Suka tengok orang raya meriah macam ni

    BalasPadam
  6. Eid Mubarak!
    Mohon ampun maaf andai ada salah silap ye Cie...
    Seronok beraya dari rumah ke rumah

    BalasPadam
  7. Suka la biru baju tu... I like...
    Lebih i like sebab padan kan dengan jeans biru!

    BalasPadam
  8. Memang meriah dan seronok kan kumpul ramai2

    BalasPadam
  9. Tema navy blue sama ngan akak cuma akak pakai masa raya pertama..raya kedua emerald green

    BalasPadam
  10. sedapnya nasi butter dgn ayam masak merah tu!
    bagusnya anak buah, bagi duit raya kak semua sepupu dan makcik. semoga murah rezeki dia

    BalasPadam
  11. yg penting dpt bersua muka bertemu sanak sandara!

    BalasPadam
  12. Time raya nak meriah macam ni kan ...CCL raya pertama tema dark brown .. raya kedua navy blue

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.