4 Syawal 1447H

4 Syawal 24 Mac 2026 masih di kampung. Takde plan nak beraya sebab kami plan nak memasak sebelum Cie dan kakak Bentong balik malam.

Pagi tu Cie masak nasi goreng kerabu untuk sarapan. Left over nasi semalam tu ada jadinya masak jela nasi goreng kerabu. Sambil Cie tolong kakak Cie masak bakso. Cie tolong prepare bahan-bahan je.


Menu raya keempat nasi impit kuah kacang dan bakso. Nasi impit Cie dah rebus malam guna periuk noxxa. Kuah kacang pagi tu baru tambah air je dan masak sekejap. Cie beli yang instant je kuah kacang tu staf Cie jual. RM28 sekilo. 

Selepas sarapan Cie tolong kakak Cie prepare bahan-bahan untuk bakso. Kakak Cie buat kuah bakso je. Settle hidang semua Cie pun bersiap tukar baju raya ada sepasang lagi. Baju lama jugak warna soft blue kot. Tak sempat pun bergambar sangat.




Elok je lepas Cie hidang silih berganti tetamu datang beraya. Meriah lagi kat kampung orang beraya. Keluarga sepupu abang ipar, kawan kakak-kakak, Atih dan sepupu sepapat, kawan-kawan anak buah pun datang. Sampai ke petang melayan tetamu. 

Petang tu semua dah kemas-kemas. Cie bungkus apa yang patut untuk bawak balik. Untuk kakak Cie yang nak balik Bentong sama Cie malam tadi jugak dan untuk kakak yang nak balik Manjung hari ni. Pembahagian kuih raya dan makanan lain.

Siap berkemas semua tu Cie masak dinner pulak. Buat telur dadar dan masak kobis goreng. Kakak Cie goreng ikan tilapia. Masak simple jela. Mi lebihan bakso tu ada lagi Cie buat mi goreng je.

Penat betul rasa. Sebelum Maghrib tu baring kejap lega rasa. Lepas Maghrib terus makan, lepas Isyak gerak balik. Singgah rumah Kak Ngah kejap bersalaman dan terus balik rumah. Jem jugak orang balik ke KL dah dari Kelantan. Kami ikut shortcut jalan dalam jadinya takdela mengadap jem.


Sampai rumah tengok rumah kemas je tenang hati. Sebelum balik kampung kemas siap-siap walaupun takde orang datang pun. Untuk kita sendiri tengok kan. 


Baju kotor banyak nak basuh. Mana yang boleh masuk dryer dobi Faiz bawak terus ke dobi malam tadi. Yang tak boleh masuk dryer basuh kat rumah je. Rabu cuti lagi so boleh la Cie settle yang nak basuh di rumah. Faiz kerja dah. Cie pun dah start puasa ganti dan puasa 6.


Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. betul tu bila kemas rmh sblm bercuti, nti lps balik bcuti rasa tenang je tgok rmh kemas ehehe

    BalasPadam
  2. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin Cie

    Seronok beraya ramai2 kan

    BalasPadam
  3. Selalu memang akan kemas rumah siap² kalau nak keluar bercuti.. biar balik² nanti, tenang sikit tengok rumah.. hihi..

    BalasPadam
  4. Balik dari mana².. bab mendobi tu yang paling bercinta.

    BalasPadam
  5. Kalau dah balik kampung lama..memang aman hidup tengok rumah kemas bersih je..nampak sedap la bakso tu...

    BalasPadam
  6. hmm menarik jugak ye idea bakso tu. weekend ni nk ajak family dtg beraya ke rumah.
    nak basuh kain lepas balik raya ni memang malas betul rasanya

    BalasPadam
  7. Meriahnya masak memasak dan melayan tetamu yang datang beraya. Kalau balik beraya atau bercuti memang akan berakhir dengan sesi menguruskan laundry

    BalasPadam
  8. balik ke rumah memang kena hadap bab baju pula kan cie.huhu

    BalasPadam
  9. aah raya ke-4 tu, adik ipar ammi gerak dari Gua Musang dalam jam 9 pagi, dia sampai kajang pukul 5 petang. tapi tu pun Waze tunjuk jalan dalam lalu karak lama

    BalasPadam
  10. MZ balik KL masa raya ke4 tu..so dh setel la ops basuh baju2 yg menimbun tu

    BalasPadam
  11. Senang beli kuah kacang instant. Next time Cuya pon nak try. Mudah

    BalasPadam
  12. Memang meriah kalau ramai2 ni. Tinggal penat jela sikitkan. Tapi bagus mengeratkan silaturahim

    BalasPadam
  13. Kalau di kampung masih meriah raya, saling kunjung-mengunjung.
    Sedap tengok nasi goreng kerabu tu. Sebab banyak sayur. Teringin nak goreng nasi macam tu, tapi mesti anak-anak kurang suka. Huhu..

    BalasPadam
  14. Ntah kapan trakhir saya raya di kampung. Memang meriah lah, apalagi mertua dan papa saya orang tertua, jadi biasanya adik2 mereka yg akan mengunjungi. Rindu momen2 itu.

    Alhamdulillah tak kena jammed ya kak.

    Rumah memang sebaiknya dirapikan dulu jika nak pergi jauh. Jadi saat balik tak pening kepala 😄

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.