Sempat la singgah pekan sari Benta beli keladi kemahang. Kakak sulung pun ikut juga 1 kereta dengan suami dan anaknya. Kami sampai ke Bentong ngam azan Maghrib.
Menu dinner hari Sabtu, breakfast hari Ahad Cie tak snap gambar. Menu lunch je Cie snap gambar. Lunch sebelum balik. Kakak dan anaknya masak menu lunch, Kak Long masak gulai keladi kemahang.
Lama tak makan keladi kemahang tu. Kat Benta je ada jual keladi kemahang tu. Kemahang tu kalau tak silap nama tempat di area Benta tu jugak. Keladi tu kena pandai masak baru tak gatal bila makan. Kalau salah cara masak jadi gatal merenyam kat tekak.
Menu lain ada masak lemak rebung dengan kaki ayam dan leher ayam. Rebung tu pun Cie beli di Benta jugak. Ada ayam goreng, daging goreng, sambal penyet goreng, ikan masin. Berselera makan menu simple macam tu.
Duduk kat rumah kakak ni asyik makan je. Lepas makan mengantuk. Takde apa buat tidur jela. Pagi Ahad tu sarapan, lepas sarapan mata mula mengantuk. Tertidur la jugak sampai 11 lebih baru tersedar.
Terus ke rumah aunty tailor depan rumah kakak Cie nak tempah baju. Cie hantar kain pasang pemberian Kak Notie.
Untuk anak-anak pulak kain pasang pemberian Maksu Faiz. Kalau ikutkan kain pasang tu untuk Cie. Warna tema untuk anaknya kenduri nikah 4 April. Kami tak dapat datang. Dapat 2 pasang bahagian biras Cie dia taknak dah beli baju lain warna tema teal blue. So buat jela untuk anak-anak boleh pakai raya haji nanti Cie beli la baju lain pulak nanti.
Gerak balik lepas lunch. Singgah Kenangan Coffee dulu sebelum balik. Kereta banyak juga menghala ke KL. Semua dah kembali ke sarang masing-masing dah.





14 Ulasan
masakan keladi tu..my mom selalu jugak masak..kenangan zmn MZ masa alam sekolah/remaja ie zmn my arwah ayah masih ada dan my mom masih sihat cergas masak2 ni
BalasPadamSlmt hari raya maaf zahir batin cie sekeluarga
BalasPadamlps makan mengantuk...then bgn mkn pastu mengantuk... tanda2 bahagia tuuu ;-)
BalasPadamLepas beraya lauk kampung cam ni le best makan.
BalasPadamLinda tak reti makan keladi.. jauh hanya tailor, memang sedap lah tu.
BalasPadamSaya tak pernah makan keladi. Cie hantar tailor, baru saya teringat, nanti nak hantar jugalah, kain kak Notie bagi. Harap tailor sudah buka, takut tak habis-habis beraya lagi.
BalasPadamKeladi kemahang, tak pernah makan. Kira masakan rare ni.
BalasPadamKalau dah mengantuk, kita power nap kejap. Lepas tu segar la.
BalasPadamGambar yang kedua tu sulur keladi kemahang kan ?
BalasPadamGambar yang kedua tu sulur keladi kemahang kan ?
BalasPadamAda jenis keladi Kemahang rupanya.. akak suka masakan keladi.
BalasPadamLaaa.... baru teringat kain yang Kak Notie bagi tu.. nak hantar jugalah kalau camni.
Lauk keladi tu cukup gandingkan ngan ikan masin goreng...dapnyaaaa...
BalasPadamKeladi nih memang tak bisa sembarang dimasak. Takut gatal. Saya sukaaa kalau mama dah buat menu keladi, sebab mama pandai buatnya. JD tak gatal.
BalasPadamRebung pun sedaaap lah kak ❤️😍. Biasa masak gulai kalau di sini. Sayangnya dj pasar rumah saya susah nak cari rebung
Sedap keladi tu.. Cumanya sebelum ini makan ja.. Tak taulah nama dia apa.. Kemahang ya.. Menarik..
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.