Hari Pertama Kerja Selepas Cuti Raya

Pagi tadi nak bangun sahur sekali sekali dot dot pulak dah. Maka nya stop la dulu puasa. Minggu depan la sambung hari kedua hingga keenam. Yang senangnya ganti puasa dan puasa 6 sama bilangan. So boleh la sekalikan.

Kakak Raisha sorang je puasa. Buatkan air sahur kakak Raisha lepas tu terus Cie buat breakfast sekali lunch untuk adik Rania. Cie masak nasi goreng telur dan bihun goreng

Ada leftover nasi dan bihun. Malam tadi Cie masak nasi dan tomyam. Ada leftover nasi sikit sebabnya Faiz makan sikit je nasi. Lepas Maghrib dia ke rumah AJK surau ada jamuan raya.

Dah lepas Magrib tu baru Faiz bagitau abang ipar dan biras Cie nak datang beraya. Takkan nak hidang kuih raya je kan jadi tak sedap la. Cie pun celur bihun. Tambah bahan tomyam ada lagi sikit.

Mereka tak makan banyak pun. Ada la leftover bihun dan nasi. Kami makan pulak bihun tomyam lepas mereka balik. Faiz makan nasi dan bihun tomyam. Tetap ada leftover nasi dan bihun untuk sorang makan. Tu yang jadi Cie masak breakfast adik Rania pagi tadi.

Cie dah start kerja hari ni. Buat IF je malas nak breakfast. Balik lunch tadi ada sikit lagi bihun goreng. Cie pun habiskan jela adik Rania taknak makan dah. Makan jugak kuih raya yang ada. Kita hidang kita juga la yang makan kan. 


Ada jugak yang tanya Cie tak buat open house ke. Rasanya malas nak buat tahun ni. Kalau ada yang request nak beraya boleh je Cie masak. 

Sunyi sepi je masuk kerja hari ni. Parking pun banyak kosong. Ramai lagi yang cuti seminggu ni agaknya. Cie ni sebab takde ke mana-mana jadinya kerja jela Khamis-Jumaat je. Boleh jimat cuti. Sabtu Ahad nanti cuti lagi. 

Macam biasa ngam 4.30 petang cabut balik dah. Takde mood nak berlama-lama kat office. Mood raya lagi. 


Catat Ulasan

19 Ulasan

  1. Dot dot masa sahur ok lagi. Pernah dot dot lagi berapa minit nak bukak puasa. Huwaa.....

    BalasPadam
  2. puasa hari tu, anak saya dot dot pukul 6.40 petang. dah hujung hujung baru nak asar... baru lah sedar dot dot. kalau dnegar mamanya cakap kan senang,.. ehh..muncung pulak dia

    BalasPadam
  3. Akak pun dah beberapa tahun terakhir ni tak dapat buat puasa enam. Kalau dapat buat, cepatlah berkurang jumlah hari ganti puasa.

    BalasPadam
  4. Allhamdulillah sis dah dpt puasa enam... akak belum mula lg ni

    BalasPadam
  5. Mmg klu ramai yg masih lgi bercuti.. kita pun jdi takde mood nk berkerja huhuu..

    BalasPadam
  6. Akak pun dah masuk kerja hari khamis. Bila tenguk LP melambak huhuhu padahal mood nak bekerja masih ke laut dalam lagi ni. hehehe

    BalasPadam
  7. uish.. comel pulak nengok keyboard Cie tu... bulat-bulat button dia.

    BalasPadam
  8. ikutkan akak masuk ekrja Rabu..tapi sorang2 plak kan..tu yang tukar masuk Khamis...hehehe

    BalasPadam
  9. Selamat bekerja...cikbunga pun start keje ari Rabu...

    BalasPadam
  10. Bagus Cie guna semula nasi dan mihun masak malam tadi untuk buat sarapan.
    Selalu seminggu memang belum hilang mood raya.

    BalasPadam
  11. kami (ammi, husband dan Khilfi) baru dapat sehari je puasa 6. next week insyallah sambunglah lagi. panas sgt cuaca kan...tekak pun kering sesangat rasanya

    BalasPadam
  12. org lain sibuk bercuti.... kita dah kembali keje mcm biasa ;-)

    BalasPadam
  13. Takpe, ada masa sambung puasa enam nanti. Selamat bekerja, Cie.

    BalasPadam
  14. hihihi ...jom kita puasa berjemaah minggu depan

    BalasPadam
  15. MZ dh start keje khamis, tp wfh sbb ada kelas online 3 jam jugaklah

    BalasPadam
  16. Bila dh mood raya mmg terasa malas nak kerja..
    Selamat kembali kerja kak

    BalasPadam
  17. Memang sibuk kan jika dah mula kerja..banyak perkara kena buat..jayakan organisasi..tanggungjawab

    BalasPadam
  18. Mood raya ..mood kerjaa sama banyak jerr ni .. hehehe

    BalasPadam
  19. Kalau saya memang dah bilang ke suami, kalau nanti ada yg nak datang beraya ke rumah, dahlaah, kita bawa saja ke restoran . Sebab memang raya tahun ini saya tak ada beli kue raya, apalagi masak hidangan raya 😂😂. Krn raya 1&2 memang makan di tempat aunty dan cousin.

    Itulah kenapa saya lebih memilih bawa tamu makan di luar. Supaya proper dan sedap menu nya 😄

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.