Menu Berbuka 17 Ramadan 1447H: D’Apple Fried Chicken

Buat pertama kalinya hari ni berbuka puasa 17 Ramadan di luar. Sepatutnya tengahari tadi keluar beli barang dapur tapi Faiz balik lambat. Cie pulak dah penat buat kuih raya.

2 adunan cornflakes caramel dan 1 adunan tart cadbury. Mula buat pukul 7 lebih dan selesai 12pm. Faiz tanya nak berbuka kat Marry Brown tak. Cie pun setuju jela takde lauk pun nak masak dah. Lagipun macam penat juga nak keluar beli barang dapur lagi, nak masak lagi.


Lepas tu bincang-bincang semula tukar lokasi nak berbuka di kedai baru buka yang kami belum pernah try iaitu D’Apple Fried Chicken


So kami keluar la rumah pukul 6.30pm. Cie cakap dah kalau ramai orang kita bungkus je. Sampai je tadi takde orang kosong je. Maka nya kena la berbuka juga di situ. 



Kami masuk jela duduk-duduk dulu. Hampir pukul 7 baru la ada orang masuk. Kami pun terus la order kang ramai pulak orang. Kiranya orang datang selepas pukul 7. 



Cie order beef burger combo yang ada air, beef burger, mashed potato dan seketul ayam goreng. Air tu ada beberapa pilihan dan Cie pilih blackcurrant. Bawak jugak bekal air chia seed sejuk. 




Faiz order thunder burger combo yang ada air, burger, fries. Faiz pilih air oren. Tambah jugak 3pcs ayam goreng. Tak habis pun ayam tu bawak balik rumah je.



2 beradik tu order sama je chicken chop crispy dan butter rice. Air pulak sama je blackcurrant. 

Sambil-sambil tunggu waktu berbuka boleh la mengarang. Masuk je waktu berbuka terus makan cepat-cepat. Dah balik rumah settle solat Maghrib dan buat apa yang patut sebelum masuk Isyak sempat la sambung review makanan kat DAFC tu. 

Overall boleh je makan. Takdela tak sedap langsung. Beef burger tu sedap dan thunder burger Faiz punya pun katanya sedap. Cuma ayam chicken chop tu Cie ada rasa macam pelik sikit. Nasi sedap je. Ayam goreng pertengahan je rasanya. Takdela tak sedap dan takdela sedap sangat.

Begitulah kan selera setiap orang tak sama. Di tekak kita sedap belum tentu tekak orang lain sedap juga.



Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Pernah makan sekali DAFC ni... Tak ramai orang tu yg best tu, boleh berbuka dgn tenang

    BalasPadam
  2. tk pernh try...aritu tgk ada outlet kt area gombak

    BalasPadam
  3. Belum jumpa D'Apple. Nasib baik tidak ramai orang. Mungkin ramai belum tahu lagi kewujudan kedai ini.

    BalasPadam
  4. tak pernah try mkn brand ni...ada jugaklah nampak (rasanya ada satu kat my area ni)

    BalasPadam
  5. Alhamdulilah sesekali makan luar syok gk

    BalasPadam
  6. Rasa makanan kan subjektif pada setiap orang.
    Akak dapati sekarang pelbagai jenis restoren baru dibuka yang menyajikan hidangan ayam.

    BalasPadam
  7. Masih ada kekurangan yaaa. Kalau lihat foto nampak sedap ayamnya. Tp kdg fried chicken begini suka tak meresap bumbu sampai ke dalam. Itu yg buat saya tak sering beli crispy fried chicken

    BalasPadam
  8. pernah nampak d'apple ni, haritu nak masuk tapi bila tgok harganya agak pricey sikit

    BalasPadam
  9. Macam pernah nampak tapi x ingat kat mana..rasanya macam kat JB..ke kat Melaka...eh....lupa la...Seremban memang xde

    BalasPadam
  10. Wahh kak cie dah siap dua jenis biskut raya dalam 1hari .. pantas

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.