Mana pulak cuti kalau GOV, kalau raya Sabtu dan Ahad hanya Ahad saja dapat gantian Isnin tu. Sabtu tu memang dah cuti. Kalau raya Jumaat hanya Jumaat saja cuti raya. Sabtu tu memang dah cuti. Ahad pun cuti. So Isnin dah kena kerja. Kalau swasta bergantung la kepada majikan tu kot.
Benda ni basic je. Orang GOV memang tau. Kalau Hari Kelepasan Am jatuh hari Ahad, maka hari Isnin dapat gantian. Kalau jatuh Sabtu takde gantian macam Nuzul baru ni. Orang syif untung la boleh claim OT kalau kerja.
Nak cerita bab menu berbuka tapi geram dengar jawapan kat radio tu tadi geram je nak call terangkan. Haaha. Biar lantak mereka la kan. Ok untuk menu berbuka 19 Ramadan ni masak yang simple je Faiz request tilapia bakar je.
Tilapia bakar kena la ada pencicah kicap. Cie letak bawang besar, cili padi dan tomato ceri potong dadu je semua tu. Perah limau kasturi sikit, letak kicap. Tilapia tu bakar kosong letak garam je.
Nak bagi menu berkuah buat la masak lemak bayam hijau. Ada balance santan fresh semalam Cie bekukan. Boleh guna pulak buat masak lemak bayam.
Teringin nak makan sambal tempe. Buat la sambal tempe, kentang dan ikan bilis goreng. Kak Sarie rasanya hari tu tanya ikan bilis Cie tu jenis apa nampak garing katanya. Cie kirim kat staf Cie dia beli dari TikTok. Tak sure ikan bilis apa. Cie belah 4 untuk seekor ikan bilis tu. Mungkin tu faktor juga menjadi garing. Minyak kena betul-betul panas.
Buah mangga jela hari ni malas nak potong buah lain. Mangga aiwen tu besar. Ada lagi sikit tu esok la pulak potong. Tu jela menu hari ni.



14 Ulasan
Dapat cuti raya 3 hari pun okay.
BalasPadamBoleh tambah beberapa hari lagi ambil cuti tahun
Sedapnya sambal tempe!
BalasPadamNak cuti lebih applylah cuti sendiri ye tak. Harap2 court pun takdelah fix apa2 tarikh dedekat raya atau soon after raya. Kita nak santai2 je
BalasPadamMenu berbuka Cie sedap sungguh. Sokmo lauk yang bisa buat menambah nasi. Cie cuti lama ke raya nanti?
BalasPadamSambal tempe tu menggoda aihhhh
BalasPadamwahhh sedapnya talapia!
BalasPadamKJ lupa dah kot.. hahaha...
BalasPadamItulah, kalau raya jumaat, mau tambah lagi cuti ni..hahahha..
Kentang dan ikan bilis goreng tuh nampak sedap juga kak 😄. Jadi teringin lah nak buat. Ada kentang di dapur, drpd busuk kan... Better buat begini
BalasPadammasak lemak bayam kalau ada ikan goreng / bakar mcm ni pun dah sedap sgt dah
BalasPadamsaya swasta, company tutup 19 - 25 hb. takyah tolak AL yehuu.
BalasPadamsedapnya ikan tilapia!
smlm pn masak menu sambal tempe + kentang + ikan bilis
BalasPadamKak SA amik cuti 19hb - 25hb...lantak la nak rayaJumaat ke, nak raya Sabtu ke tak kisah...5 hari Kak SA korbankan AL...kalau raya sabtu ahad selamat sehari cuti so 4 hari je la...malas nak berdebat bab raya ni...banyak spekulasi..tunggu je pakcik baju pink announce
BalasPadamSaya napak ada ikan berselera..cecah lada tu huuu sedap..
BalasPadamBetul juga tu. Kadang benda basic pasal cuti ni pun masih ramai yang keliru
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.