Kakak Raisha join sekali puasa sementara masih cuti sekolah ni. Cuaca panas sangat sekarang ni. Memang cepat dahaga. Tu yang kakak Raisha nak puasa waktu cuti sekolah je. Sempat la puasa beberapa hari sebelum buka sekolah. Nanti weekend jela boleh puasa.
Kakak Raisha request nak makan tomyam. Ayam dan perencah je ada. Cie pun whatsapp la Faiz mintak dia belikan cendawan tiram, kobis bunga, carrot, tomato. Sayur takde mintak Faiz belikan timun jepun je.
Nanti weekend la baru restock groceries. Ayam memang beli terus minggu lepas. Sayur je tak beli, sayur yang ada Cie bawak balik kampung hari tu takut tak fresh dah simpan lama-lama.
Selain tomyam, Cie masak jugak telur dadar. Menu yang paling ngam bila masak tomyam. Ulam timun pun dah cukup la. Cuma buah je takde. Lupa nak pesan kat Faiz. Kalau tak pesan memang tak beli la.


22 Ulasan
Senang sekarang boleh wasap2 mintak orang tolong belikan
BalasPadamtahniah dah mula puasa syawal
BalasPadamKihkih... tak pesan memang tak beli tu..biasaðŸ¤ðŸ¤ðŸ¤
BalasPadamTime raya begini, telur dadar rasa lebih nikmat berbanding rendang hihihi.
BalasPadamorang lelaki ni biasa la Cie, x pesan memang x beli..sama la ngan cik abg akak tu....
BalasPadamElok la cuti sekolah ni start puasa dah kan...
BalasPadamSedap tu menu ala kedai tomyam ni
Selamat berpuasa!
BalasPadammasak tomyam wajib ada telur dadar
BalasPadamsaya harini baru start puasa, n start kerja jugak. sementara perut dah terbiasa berlapar ni kan, eloklah habiskan semua puasa awal
BalasPadamSeronok ada geng nak berpuasa enam bersama. Nanti nak hasut anak-anak bujang tu teman mama deme ganti puasa dan puasa 6
BalasPadamtomyam ngam sangat dengan telur dadar. nyums
BalasPadamSedap, ada tomyam dan telur dadar. Saya baru start puasa hari ni, sama dengan Mazni. Kalau tak puasa, kerja dok makan kuih raya je.
BalasPadamSaya belum mula lagi sebab kena makan ubat ni.
BalasPadamSimple dan.sedappp
BalasPadamkalau ammi yang masak jarang2 ada menu tomyam sebab macam tak masyukkk je makan tomyam kat rumah. tp kalau husband yang masak lantak dialah nak masak apa, kita makan jelah
BalasPadamkonon raya kedua nk ganti puasa. tp tu laa 'dia' pulak dtg.... hmm kena tggu mggu dpn nmpk nya nak start. nnt lambat2 buat jd lupa...
BalasPadamAwai Cie posa 6...
BalasPadamSaya in shaa Allah plan nak start minggu depan
MZ pun baru sehari jer ni puasa ganti (ada 7 total! so berbaki lagi 6 hari nak kena ganti)
BalasPadamSedapnya tomyam.
BalasPadamCuya belum mula puasa 6.
Ayah dah mula, Cuya tgh tunggu tetamu nk dtg rumah
Wah dah mula puasa 6 syawal..terbaik
BalasPadamItulah kalau masak tomyam kena ada juga telur dadar
BalasPadamSaya baru sempat ganti puasa sehari, trus esoknya period pula 😄. Nanti kalau dah selesai, baru sambung puasa lagi
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.