Menu Berbuka Puasa Ganti Dan Puasa Enam: Hari Pertama

Hari ni Cie masih cuti. Faiz kerja dah. Cie pun dah start puasa hari ni. Puasa ganti dan sekaligus puasa enam. Senang buat terus nanti kalau tangguh dah liat nak puasa. 

Kakak Raisha join sekali puasa sementara masih cuti sekolah ni. Cuaca panas sangat sekarang ni. Memang cepat dahaga. Tu yang kakak Raisha nak puasa waktu cuti sekolah je. Sempat la puasa beberapa hari sebelum buka sekolah. Nanti weekend jela boleh puasa.

Kakak Raisha request nak makan tomyam. Ayam dan perencah je ada. Cie pun whatsapp la Faiz mintak dia belikan cendawan tiram, kobis bunga, carrot, tomato. Sayur takde mintak Faiz belikan timun jepun je.


Nanti weekend la baru restock groceries. Ayam memang beli terus minggu lepas. Sayur je tak beli, sayur yang ada Cie bawak balik kampung hari tu takut tak fresh dah simpan lama-lama.

Selain tomyam, Cie masak jugak telur dadar. Menu yang paling ngam bila masak tomyam. Ulam timun pun dah cukup la. Cuma buah je takde. Lupa nak pesan kat Faiz. Kalau tak pesan memang tak beli la.


Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. Senang sekarang boleh wasap2 mintak orang tolong belikan

    BalasPadam
  2. Kihkih... tak pesan memang tak beli tu..biasa🤭🤭🤭

    BalasPadam
  3. Time raya begini, telur dadar rasa lebih nikmat berbanding rendang hihihi.

    BalasPadam
  4. orang lelaki ni biasa la Cie, x pesan memang x beli..sama la ngan cik abg akak tu....

    BalasPadam
  5. Elok la cuti sekolah ni start puasa dah kan...
    Sedap tu menu ala kedai tomyam ni

    BalasPadam
  6. masak tomyam wajib ada telur dadar

    BalasPadam
  7. saya harini baru start puasa, n start kerja jugak. sementara perut dah terbiasa berlapar ni kan, eloklah habiskan semua puasa awal

    BalasPadam
  8. Seronok ada geng nak berpuasa enam bersama. Nanti nak hasut anak-anak bujang tu teman mama deme ganti puasa dan puasa 6

    BalasPadam
  9. tomyam ngam sangat dengan telur dadar. nyums

    BalasPadam
  10. Sedap, ada tomyam dan telur dadar. Saya baru start puasa hari ni, sama dengan Mazni. Kalau tak puasa, kerja dok makan kuih raya je.

    BalasPadam
  11. Saya belum mula lagi sebab kena makan ubat ni.

    BalasPadam
  12. kalau ammi yang masak jarang2 ada menu tomyam sebab macam tak masyukkk je makan tomyam kat rumah. tp kalau husband yang masak lantak dialah nak masak apa, kita makan jelah

    BalasPadam
  13. konon raya kedua nk ganti puasa. tp tu laa 'dia' pulak dtg.... hmm kena tggu mggu dpn nmpk nya nak start. nnt lambat2 buat jd lupa...

    BalasPadam
  14. Awai Cie posa 6...
    Saya in shaa Allah plan nak start minggu depan

    BalasPadam
  15. MZ pun baru sehari jer ni puasa ganti (ada 7 total! so berbaki lagi 6 hari nak kena ganti)

    BalasPadam
  16. Sedapnya tomyam.
    Cuya belum mula puasa 6.
    Ayah dah mula, Cuya tgh tunggu tetamu nk dtg rumah

    BalasPadam
  17. Wah dah mula puasa 6 syawal..terbaik

    BalasPadam
  18. Itulah kalau masak tomyam kena ada juga telur dadar

    BalasPadam
  19. Saya baru sempat ganti puasa sehari, trus esoknya period pula 😄. Nanti kalau dah selesai, baru sambung puasa lagi

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.