Menu Sahur 21 Ramadan 1447H

21 Ramadan hari ni. Sekejap je Ramadan bakal berlalu pergi. Masa pantas betul berlalu. Semalam dapat berita terkini KPM tambah cuti sehari lagi iaitu 18 Mac. 2 hari jela sekolah minggu depan. 

Cie kerja sampai la sehari sebelum Ramadan. Memang tak ambil cuti awal sejak parents dah takde. Raya pertama di rumah sendiri je.

Hari ni ada lagi kursus online dan dalam masa yang sama ada juga taklimat pensijilan dari BKKM pulak. Hah jenuh nak pecah 2 telinga. Hahaha. Kursus start 9 pagi, taklimat 8.30 pagi. Keduanya online. Banyak betul kursus dan taklimat bulan puasa ni.

Sahur 21 Ramadan ni sama je takde apa yang lain. Ada yang ingatkan air tu 1 sorang ye. 2 jenis setiap orang. 3 beranak je Cie dan anak-anak. Faiz minum air kosong dan makan kurma je. 


Cie minum protein shake 3 jenis yang Cie tukar setiap hari. ESP Coklat, ESP Strawberry, Cinch Shake Salted Caramel. Lagi tu warna oren Performance Drink Orange Cie campur dengan Cinch Tea.

Untuk anak-anak sama je mereka minum vico dan warna oren tu PD Orange sama dengan Cie. Cuma anak-anak Cie tak campur dengan Cinch Tea.

Fungsi berbeza la semua tu. Macam protein shake lebihkan untuk kenyang. PD Orange tu nak kurangkan rasa dahaga. Memang ada juga rasa dahaga dah puasa kan, cuaca pulak panas cuma kurang la sebab dalam PD tu ada bahan yang bantu seimbangkan kandungan air dalam badan dan banyak lagi. Minuman isotonik. Dulu zaman menjual ada la poster kelebihan. 

Begitulah cerita menu sahur Cie. Simple je pagi-pagi. Sambil minum sambil mengadap blog jadilah lama setengah jam baru siap sahur. Walaupun kalau ikutkan teguk tak sampai 5 minit settle. Takde apa nak rushing selagi belum azan boleh minum.


Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Masuk kursus kewangan lagi ke? Linda tak join, sebab sampai petang..petang ada urusan lain..tapi, seronok tajuknya..

    Eh, kerja sampai sehari sebelum raya kan?? Hihihi

    BalasPadam
  2. bila orang2 tua dah takde kat kampung, rasa tak semangat nak balik raya..

    BalasPadam
  3. Seronoklah mereka yang boleh balik awal kampung, cuti sekolah hari Rabu tu.

    BalasPadam
  4. Sy pun x amik cuti awal..Amik cuti lps raya. Panjang langkah nnt ni =D

    BalasPadam
  5. salam 21 ramadan utk cie...MZ boleh jer cuti awal cuma mr hubby pyh cuti sbb keje swasta kan..so may be kami balik kg pagi khamis kot..tgk nanti camner

    BalasPadam
  6. Bila kedua orang tua tiada sedihkan. Tapi akak rumah kat kampung kami meriahkan dan wajib semua balik. Buat tahlil solat berjemaah bagi duit raya jadi meriah lah mereka yang hadir.

    BalasPadam
  7. Suami akak sekarang sahur dah x makan nasi..minum air atau minum nestum...akak masih kena makan...kalau x..confirm lemau x bertenaga

    BalasPadam
  8. Memang terasa bezanya Raya tanpa ibu ayah. Akk ni kalau boleh tak nak balik kampung, nak Raya di rumah sendiri je. Tapi mak ayah mertua masih ada, tetaplah balik kampung utk raikan bersama.

    BalasPadam
  9. Dulu arwah nenek ada, meriah kampung. Sekarang dah jarang org balik kampung. Rumah Cuya duduk sekarang nila kampung Cuya.
    Kemeriahan hari raya dah tak rasa macam dulu

    BalasPadam
  10. Kejap je masa kan, minggu depan dah nak raya.

    BalasPadam
  11. walaupun sibuk dgn kursus & taklimat, sempat lg tu sediakan sahur yg simple tp berkhasiat...

    BalasPadam
  12. Cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru je mula puasa, rupanya dah masuk 21 Ramadan. Minggu depan pula sekolah dua hari je, budak-budak mesti happy lah tu.

    BalasPadam
  13. wahhh.. leha-leha yang sahur.. akak sahur cepat.. jam 4.45 - 4.50 biasa dah setel makan sebab husband nak keluar rumah jam 5 pagi.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.