Rumah Terbuka Jiran Depan Rumah

Malam ni kami dapat jemputan rumah terbuka jiran depan rumah. Betul-betul depan rumah, bertentang. Masa jumpa raya pertama tu dah dia jemput mulut. Semalam pun hantar lagi ecard kat Faiz. So kena la juga datang.

Majlis mula 8 malam. Tepat 8 malam kami datang. Sejenis segan kalau orang ramai. Jalan kaki jela depan rumah kan. Cie pun pakai simple je sarung jubah, tudung pun tak iron. Tepek bedak je sikit. Malas betul la nak bersiap bagai.

Gambar lepas balik makan open house. Liptint pun dah hilang.

Kakak Raisha kan puasa jadinya tadi berbuka ayam gunting yang babah dia beli petang tadi untuk adik Rania. Makan menu raya kat rumah jiran jela.

Banyak menu rumah terbuka jiran. Ada nasi goreng, mi goreng, spageti, bihun goreng, cheezy wedges, sosej, kuih muih, kambing golek, ayam golek, coleslaw, takoyaki. Kambing akikah anak buah jiran. 




Air pun ada beberapa jenis ada sirap selasih, soda herbs, sejenis lagi taktau air apa, air panas pun ada. Cie tak ambil la gambar buffet tu segan. Hihi. Cie ambil gambar makanan yang Cie ambil je.

Siap makan bersalam dengan tuan rumah dan mintak diri balik dulu. Masa kami tengah makan dah makin ramai tetamu yang datang. Tu makan cepat-cepat terus balik je.


Catat Ulasan

20 Ulasan

  1. Best dah ada open house.. kita ni tak sabar nak terjah rumah terbuka balik nanti.. Puan RMN kalau ada buat jemput lah saya haha.. 😅

    BalasPadam
  2. Hari raya pertama hari tu akak buat soda herbs satu balang. Dah le panas memang laku lah air tu.

    BalasPadam
  3. Kalau malam memang kadang malas nak bersiap. Paling senang jubah je.

    BalasPadam
  4. Alahmdulillah dapat jemputan dan dapat menyantuni jemputan..nasib baik depan rumah je kan...

    BalasPadam
  5. Sebenarnya seronok kalau jiran depan atau sebelah rumah buat rumah terbuka sebab boleh lepak lama makan.
    Seronoknya macam-macam makanan ada. Nasib baik buat malam sesuai untuk orang berpuasa.

    BalasPadam
  6. ammi ni kadang2 lagi dekat jemputan lagi malassss je nak pergi.

    BalasPadam
  7. ammi ni kadang2 lagi dekat jemputan lagi malassss je nak pergi.

    BalasPadam
  8. Masya-Allah, bestnya open house dia ada kambing golek. Alhamdulillah, rejeki.

    BalasPadam
  9. kalau dah dekat begini, wajib dtg... kalau jauh tu boleh lg nak fikir 3-4 kali...nk dtg ke tak hehehe

    BalasPadam
  10. Wah....dah beropen house ya...tempat saya sunyi lagi ..ramai belum balik dari kampung agaknya

    BalasPadam
  11. selamat hari raya Cie,maaf zahir batin
    weekend ni lagi la kan penuh jemputan open house smp ke mlm

    BalasPadam
  12. meriah menunya tu!!! kdg2 ada jugak jiran MZ buat open house esp yg dpn rumah ni..sbb dia memang bisnes food catering dan time ramadan, dia bisnes roti john

    BalasPadam
  13. Sedapnya menu western. Favourite Cuya nii.. mau bertambah hahah

    BalasPadam
  14. Takoyaki pun ada. Menarik menunya.

    BalasPadam
  15. Ramai orang buat open house raya...selamat hari raya ya

    BalasPadam
  16. Waaah banyak juga menunya .. yalaah, kalau dekat, depan rumah pula, tak mungkin tak datang jika diundang kan 😄. Tak enak hati nanti

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.