Alhamdulillah, selesai sudah Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor #3 (April – Jun 2026). Terima kasih yang tidak terhingga Cie ucapkan kepada semua rakan blogger yang sudi meluangkan masa untuk menyertai segmen kali ini.
Untuk segmen bloglist bilangan kedua ini, jumlah penyertaan yang diterima adalah seramai 5 blog sahaja. Makin sikit penyertaaan dari yang sebelum ni. Hihi. Semua busy beraya agaknya ada yang terlepas pandang nak join. Walaupun jumlahnya tidak ramai, Cie sangat menghargai setiap penyertaan yang diberikan.
Oleh itu Cie tak perlu nak pilih 5 penyertaan dah. Kesemuanya layak dimasukkan secara automatik ke dalam bloglist Cie. Cie juga akan masukkan seorang pemenang top komentator bagi bulan Mac ke dalam senarai bloglist Cie. Menjadikan ada 6 blog yang akan tersenarai di ruangan bloglist Cie.
Senarai Semua Blog Dalam Bloglist #3
Berikut ialah senarai penuh semua blogger yang telah menyertai dan terus terpilih untuk berada dalam bloglist sidebar blog Roziah Muhammad Nor bagi tempoh April – Jun 2026:
1. Anamizu
2. Suria Amanda
3. Shirven
4. Tot
5. Thisni3za
6. Cuya (pemenang top komentator Mac 2026)
Tahniah dan terima kasih kepada semua rakan blogger di atas.
Bloglist Bermula 1 April 2026
Mulai hari ini 1 April 2026, kesemua 6 blog ini Cie akan masukkan ke dalam sidebar bloglist Roziah Muhammad Nor dan akan kekal berada di sana selama 3 bulan, iaitu dari April hingga Jun 2026.
Cie amat menggalakkan semua blogger yang tersenarai untuk kekal konsisten mengemas kini entri sepanjang tempoh bloglist ini supaya blog anda lebih dikenali dan bloglist ini benar-benar dapat memberi manfaat kepada semua.
Terima Kasih Atas Sokongan
Cie sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan blogger yang menyertai segmen ini. Sokongan anda semua amat Cie hargai. Semoga melalui segmen bloglist ini, kita dapat terus mengeratkan silaturahim dan memeriahkan dunia blogging bersama-sama.
Insya-Allah, Segmen Bloglist #4 akan dibuka pada batch seterusnya. Nanti jangan lupa support tau.
.png)

1 Ulasan
Tahniah buat semua pemenang.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.