Set Berpantang Moden - BLOG ROZIAH @ CIE

Monday 10 November 2014

Set Berpantang Moden

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ibu yang berpantang perlu menjaga pemakanan supaya dapat menambah tenaga serta dapat memberikan nutrisi yang mencukupi buat bayi. Cie suka sangat berpantang dengan Set Berpantang Shaklee. Badan segar dan bertenaga je.

Masa berpantang anak yang pertama belum kenal shaklee lagi. Masa tuh berpantang dengan set lain. Setelah 2 minggu berpantang baru Cie mula berpantang dengan shaklee. Memang sangat berbeza rasanya.

Anak yang pertama memang suka menangis waktu malam dan berjaga. Dia akan tidur waktu siang je. Kadang-kadang pukul 6 pagi baru tidur berjaga dari tengah malam. Memang Cie lemah sangat masa tuh. Dengan stress lagi tak cukup rehat.

Alhamdulillah selepas berpantang dengan set berpantang shaklee memang rasa kelainan sangat. Anak berjaga malam-malam pun takde masalah walaupun siang-siang tak tidur pun. Badan cergas bertenaga je. Bersalin operate dengan bersalin normal lain sikit cara penjagaan.

Luka pun cepat sangat baik. Umur anak yang pertama 8 bulan Cie dah mengandung anak yang kedua. Nurse kat klinik bising katanya luka tak sembuh lagi la apa la. Padahal masa tuh dah scan kat klinik sakit puan kat mentakab. Doktor tuh kata takde masalah pun mengandung lagi.

Alhamdulillah sepanjang mengandung takde masalah pun. Masa 9 bulan pergi scan kat klinik pakar doktor pun terkejut tengok dah ok takde masalah pun kat luka dalaman. Luka memang dah baik. So doktor cakap boleh bersalin normal. Alhamdulillah anak yang kedua bersalin secara normal.

Masa berpantang sampai la sekarang memang tak pernah skip ambil suplemen. Set berpantang shaklee nih memang jimat. Penggunaan 4 hingga 6 bulan so memang lepas berpantang pun boleh makan lagi. Cie memang tak ambil jamu atau set berpantang tradisional. Memang moden habis la tungku ke bengkung ke semua skip. Hahaha

Pantang Tradisional
set berpantang untuk ibu yang baru melahirkan bayi
Set Berpantang Shaklee

No comments:

Post a Comment