Sunday, 21 December 2014

Pisang Goreng Cheese

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Musim banjir dah sekarang nih. Hujan tak henti-henti. Nak pergi mana-mana pun macam malas je.

Setelah sekian lama nak makan Pisang Goreng Cheese akhirnya tadi baru dapat makan.

Kebetulan petang memang nak keluar untuk Cash On Delivery (COD) Meal Shakes kat customer cuba jela nasib kot ada lagi Pisang Goreng Cheese. Terus cari contact number dan facebook account kakak yang jual pisang tuh. Selalu perasan kakak pisang cheese tuh promote kat group facebook Anak Anak Lipis.

Akhirnya jumpa jugak Siti Sambal Hitam Pahang. Terus add dan kakak tuh approved terus pm (private message). Mula-mula Kak Siti cakap dah habis. Kecewa rasa. Tiba-tiba dia cakap kalau betul-betul nak dia akan goreng ada orang hantar pisang. Harus lah nak kan. Dah berzaman nak makan tak dapat-dapat. So Cie order 2 set je nak cuba.



Lepas dah ambil terus pergi Lipis. Merata tempat la pergi. Terasa macam lapar pulak terus la makan sementara encik suami pergi pasar tani. Ambik nak 1 bekas tuh 3 beranak je makan. Encik suami makam sekeping je. Hahahaa.

Kakak Raisha memang suka sangat. Adik Rania macam takde perasaan je sebab ibu bagi isi je kat dia so feeling lain la sikit compare dengan kakak yang merasa cheese dengan coklat kan. Hihi.

Tapi memang best rupanya pisang goreng makan dengan cheese dan coklat nih. Baru ku tau rupanya. Pernah try hari tuh makan pisang bungkus dengan kulit popia pastu makan dengan ais krim. Best jugak.

So lepas nih boleh la repeat order. Puas hati makan. Anak-anak pun suka.

No comments:

Post a Comment