Mek Yam Tomyam - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Saturday 3 September 2022

Mek Yam Tomyam

 KEDAI MAKAN DI KUANTAN

Mek yam tomyam

Bulan lepas bercuti ke Kuantan, bulan ni baru berkesempatan nak update blog. Entahla apa yang disibukkan sangat. Hihi. Banyak pending entry lagi. Mood nak menaip tu ke laut. Ni pun rajinkan diri jugak. 

So kali ni Cie nak review kedai makan di Kuantan masa bercuti di Adena Beach Resort 31 Julai 2022 hingga 1 Ogos 2022. Berdekatan dengan Adena tu memang banyak kedai makan sampai taktau nak pilih. Nak masuk kedai ramai orang takut service slow.

Kita pun terjah jela ikut gerak hati. Malas nak pening mencari. Anak-anak pun dah kelaparan. Singgah la kat Mek Yam Tomyam.

Mek Yam Tomyam


Mek yam tomyam

Kedai ni tepi je jalan kiranya memang akan nampak la kalau lalu area Adena Beach Resort tu. Dah duduk dan order baru terbaca review kat google. Tapi takpela kita try dulu sebab bab rasa sedap ni subjektif. Selera setiap orang tak sama.

Cie baca review tu ramai kata service slow, ambil order lambat, makanan tak sedap dan mahal.

Apa yang Cie boleh katakan service tu biasa je takdela slow. Kami sampai je terus ada yang datang ambil order. Makanan pun takdela lambat sangat cuma kena menunggu la juga.

Cuma nak pesan kalau makan situ jangan duk kat meja tepi pokok nanti kegatalan dek kena gigit nyamuk. Banyak betul nyamuk.

Ni antara menu yang kami order Ikan Siakap Sweet Sour, Tomyam Campur, Telur Dadar, Kangkung Belacan. Kangkung jela masin. Yang lain ok je.

Mek yam tomyam


Mek yam tomyam


Mek yam tomyam


Mek yam tomyam

Cuma harga agak mahal la juga. Maybe siakap tu yang mahal. Kami pun tak tanya harga berapa dan berapa kilo seekor ikan tu dan pelayan tu pun takde cakap harga berapa.

So better tanya harga dulu la kalau nak makan. Kat kedai tu bukan macam kedai seafood yang kena timbang dulu. Hanya ambil order saja dan kita tak tengok pun rupa ikan tu besar mana.

Itu sahaja review Cie tentang kedai ni. Rasa tu bergantung pada setiap individu. Bagi Cie ok je. Boleh la makan.

No comments:

Post a Comment