ADENA BEACH RESORT KUANTAN PAHANG
Cuti Umum Sultan Pahang pada 1 Ogos 2022 baru-baru ni Cie berkesempatan untuk bercuti di Adena Beach Resort Kuantan. Cie check in pada 31 Julai 2022 dan check out pada 1 Ogos 2022.
Ini merupakan kali kedua Cie stay di Adena Beach Resort ni.
Kali pertama tahun 2019. Kebanyakkan hotel penuh pada 30 Julai 2022 cuti awal Muharam ramai yang ambil kesempatan untuk bercuti. Terpaksa la kami memilih tarikh 31 Julai 2022.
Sampai di Adena Beach Resort memang ngam pukul 3 selepas kami lunch di
Pok Awang Celup Tepung Pantai Pelindung. Terlalu ramai dah orang penuh kat lobi. Siap beratur dah. Kami pun berjalan ke pantai di belakang Adena ni sementara nak bagi clear sikit kat lobi tu.
|
bila bercuti anak-anak la paling seronok. memang bercuti untuk anak-anak |
|
bersantai kat pool dulu sebelum check in |
|
menikmati view yang cantik sejuk mata memandang |
|
restoran bersebelahan dengan pool |
|
lobi sebelah sana tu masih ramai beratur sampai dah keluar lobi |
|
ibu bersama anak sulung ibu Kakak Raisha |
|
ibu bersama anak kedua ibu Adik Rania |
Dah puas bersantai 30 minit, orang beratur pun dah makin kurang baru la melangkah ke lobi untuk check in. Kena la beratur dalam keadaan sangat panas mengalir peluh. Kat lobi takde kipas memang harapkan fresh air jela. Dengan orang ramai memang takdela fresh air tu.
|
memang ambil twin bed senang nak cantumkan muat la tidur 4 beranak |
|
dulu iron board dan iron kena request baru mereka hantar. kali ni check in je dah ada. maybe upgrade service la kot |
|
ibu nak snap gambar tv tu je tetiba adik duduk buat peace. hihihih |
|
bawah rak tv tu kosong je takde apa |
|
ni biasa la ada tapi tak pernah buat pun kopi teh |
|
kat sini memang open wardrobe je |
|
tempat shower tu macam sempit sikit. kalau nak mandi kena buka je glass door tu selesa la sikit nak shower |
|
ni pun biasa ada |
|
mirror post dulu. hihihih |
|
dah nak keluar check out baru la buka drawer ni jumpa hair dryer. ingatkan takde |
|
ni sempat snap gambar chalet yang ada kat situ dah fully book masa Cie survey tu. Nampak menarik |
|
ni banglo betul-betul dekat dengan pantai |
Stay sini dulu tahun 2019 ada la sikit-sikit perubahan. Dulu ada basikal boleh la kayuh-kayuh. Sekarang takde dah. Ada tambahan ATV, water activity, ada jugak kuda sebelah petang. Kuda tu bayaran seikhlas hati je kalau nak naik. Tak naik pun sebab tak bawak duit. Anak dan suami begambar je.
|
kuda ni pulak Ikhwan punya. Katanya hari cuti je mereka ada di situ |
|
30 minit RM50 ni bukan under hotel. orang tu sewa kat tapak hotel |
Sebelah petang selepas check in kami berehat dulu dalam bilik. Penat beratur nak check in tu. Dah settle semua baru la kami bergerak ke panta selepas Asar. Angin kuat sangat petang tu best dapat menikmati keindahan pantai.
Untuk bilik ni dapat 2 sarapan percuma. So untuk anak-anak jela kena buat bayaran. RM15 sekepala. Kalau anak jenis makan ok la berbaloi bayar. Tapi kalau jenis tak makan memang rasa tak berbaloi la.
Menu biasa je untuk sarapan. Ada nasi tomato kalau tak silap sebab Cie tak ambil nasi tengok orang beratur nak ambil. Ada bihun juga situ. Cie ambik yang takde orang beratur macam kat kaunter mi sup.
|
ada tambahan tempat makan sebelah restoran tu |
|
sebelah je dengan pool tu |
|
mi sup ni masin sikit |
|
ni pun kena beratur jugak suami la yang beratur |
|
lama tak minum kopi |
Menu lain ada bubur pisang, cereals, roti, agar-agar, kek. Tu jela. Overall menu breakfast ni tak memenuhi selera Cie. Macam biasa je. Peralatan seperti mangkuk dan pinggan juga tidak dicuci dengan bersih. Ada mangkuk plastik yang agak kotor.
Tamat la percutian kami 2 hari 1 malam pun dah ok buat anak-anak happy. Anak-anak memang suka mandi pantai, pool mereka tak layan. So kalau nak bercuti kena cari lokasi tepi pantai jela.
cantik. menarik. nice sharing.
ReplyDeletenice review dik, teringin nak ke kuantan nanti kak ana boleh lah ke sini, done follow 411, salam ukhwah dari kak ana :)
ReplyDeleteTerima kasih kak ana follow :)
Delete