Adena Beach Resort Kuantan - BLOG ROZIAH @ CIE

Sunday 4 August 2019

Adena Beach Resort Kuantan

Adena Beach Resort Kuantan

Cuti panjang rugi kalau tak manfaatkan sebaiknya. Pada 28 Julai baru-baru ni kami pergi bercuti ke Adena Beach Resort Kuantan memandangkan memang nak bercuti di tepi pantai. Seminggu sebelum tu dah plan dengan suami nak surprise kan anak-anak. So memang tak bagitau mereka nak bercuti ke Kuantan.

Beberapa hari sebelum pergi tu kakak Raisha ada cakap dah lama tak bercuti tepi pantai. Kami suami isteri ni senyap buat taktau je. Hahahah. Sampai la masa hari kejadian tu anak-anak macam curiga jugak kenapa siap ada beg bagai ni. Jawapan ibu nak balik kampung. So anak-anak pun percaya jela kan. Masa nak ikut jalan ke Kuantan tu anak-anak dah mula pelik kenapa ikut jalan lain. Masa tu senyap jugak tak jawab. Nanti sampai Kuantan baru cakap.

Sampai je Kuantan jalan-jalan dulu sementara nak tunggu waktu nak check in. Singgah kat Kuantan City Mall shopping kat Padini lepas tu singgah makan kat Old Town White Coffee kat Air Putih. Masa nak hala ke Sungai Karang tu anak-anak dah nampak pantai. Mereka siap tanya macam bukan jalan balik je. Hahaha.

Kereta belok je masuk Adena Beach Resort tu baru la bagitau. Seronok sangat 2 beradik tu dapat tidur hotel dan dapat mandi pantai. Ibu dan babah cuma nak gembirakan anak-anak.

Ibu book kat Agoda.com guna duit babah. Hihihi. Masa tu kat agoda je yang harga lagi murah dari yang lain. Kebetulan public holiday sempena pertabalan agong dan hari keputeraan sultan pahang kan so rate memang tinggi sikit la.

Sebelum pilih nak ke Adena Beach Resort ni ibu ada jugak survey hotel kat Port Dickson. Satu hari tu masa scroll facebook ternampak la kawan facebook ada share pasal Adena Beach Resort tu yang ibu rasa macam menarik je terus bagitau babah. Masa tu babah tak decide lagi. Lagi seminggu baru babah suruh ibu book.

Area Sungai Karang sampai la Cherating dah pernah stay De Rhu Beach Resort, Swiss Garden Resort & Spa Kuantan (sebelah je dengan Adena Beach Resort), Erya By Suria Cherating. Hotel-hotel ni dah beberapa kali jugak la stay sebelum ni cuma tak tulis entry je.

Review Cie tentang hotel ni Cie bagi 4/5 bintang. Memang best stay sini tenang dan damai je sebab dekat dengan pantai kan. Pantai pulak bersih jugak cuma ada binatang macam lembu dan anjing. Facilites pun masih baru lagi kalau tak silap Cie hotel ni mula dibuka tahun 2018.

Menu breakfast banyak jugak la ada nasi minyak, bihun goreng, ayam masak merah, acar timun, potato wedges, baked bean,  bubur nasi, roti, coco crunch, cornflake, honey star, omelette, orange juice, coffee, tea, buah tembikai dan tembikai susu.

Kat bilik tak ada iron so kalau nak iron boleh call receptionist nanti staf housekeeping akan hantar teruske bilik. Jangan lupa mintak iron board sekali tau. Kalau tak mintak nanti mereka hantar iron je. Hihihi.

Adena Beach Resort Kuantan
waktu check in Cie sorang je check in. Waktu ni nak tukar bilik
Masa check in ada kisah sikit. Masa sampai tu terus check in. Kebetulan cuma ada sorang je depan Cie. Bila sampai turn tu check in la macam biasa. Masa tu receptionist dah bagi bilik 110. Bila masuk je bilik tengok masih belum kemas. Terus ke lobi semula untuk bagitau. So mereka tukar la bilik lain 105. Ada kesilapan dalam sistem mereka yang mana bilik tu dah vacant. Tapi sebenarnya housekeeping belum siap kemas. Nasib la tadi belum angkat beg dan lobi pun dekat je dengan bilik.

Adena Beach Resort Kuantan
lobby area luas jugak

Adena Beach Resort Kuantan
lobby area. Ada welcoming drink untuk guest yang buat family day kat situ hari yang sama dengan kami check in

Adena Beach Resort Kuantan
dalam bilik air

Adena Beach Resort Kuantan
semua ada complete

Adena Beach Resort Kuantan
open wardrobe je ada ni 

Adena Beach Resort Kuantan
tv channel yang basic jela ada. Astro takde ye

Adena Beach Resort Kuantan
kami pilih twin bed so boleh cantum je muat la 4 beranak

Adena Beach Resort Kuantan
garden view nampak parking jela. Sea view challet je tu pun tak la nampak sangat pun pantai

Adena Beach Resort Kuantan
dari coffeehouse nampak pool, challet dan bilik hotel


Adena Beach Resort Kuantan
basikal ni free je untuk guest guna

Adena Beach Resort Kuantan
pool sebelah coffee house

Adena Beach Resort Kuantan
public area tepi pool dan coffee house

Adena Beach Resort Kuantan
pemandangan bilik hotel yang kami duduk

Adena Beach Resort Kuantan
semua facilities ni boleh guna

Adena Beach Resort Kuantan
depan lobi

Adena Beach Resort Kuantan
pemandangan pantai waktu petang

Adena Beach Resort Kuantan
family photo sekeping. hihi

Adena Beach Resort Kuantan
husband and wife. kasi can la. hahaha

Adena Beach Resort Kuantan
kakak happy sangat tulis nama dia dan adik

Adena Beach Resort Kuantan
challet tepi pantai tapi jauh sikit la

Adena Beach Resort Kuantan
sebelah sana tu Swiss Garden Resort

Adena Beach Resort Kuantan
pemandangan waktu malam

Adena Beach Resort Kuantan
naik basikal malam-malam. nasib baik pandai lagi kayuh dah bertahun tak kayuh basikal

Adena Beach Resort Kuantan
pemandangan pool waktu malam

Adena Beach Resort Kuantan
kakak nak breakfast sebelum terjun pantai

Adena Beach Resort Kuantan
breakfast meriah jugak kat sini macam-macam ada

Adena Beach Resort Kuantan
budak kecik ni makan fruits je 

Adena Beach Resort Kuantan
omelette 

Adena Beach Resort Kuantan
room rate agak mahal jugak la compare dari website lain

Adena Beach Resort Kuantan
booking via agoda murah sikit dari yang lain

Adena Beach Resort Kuantan
1 malam rm161 tapi after segala mak nenek tax dapat la rm177.25 bilik + breakfast for two

Sekian kisah percutian kami anak beranak di Adena Beach Resort Kuantan. InsyaAllah ada rezeki kita bercuti lagi ye anak-anak.