Swiss Garden Resort & Spa Kuantan

Swiss Garden Resort & Spa Kuantan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tamat lah sudah percutian kami 4 beranak di Swiss Garden Resort & Spa Kuantan menggunakan free voucher yang pihak Swiss Garden berikan masa Cie join membership.

Hotel nih memang best sebab ada pool yang guest friendly and pantai pun ok bersih cuma masa kami datang air pasang kot sebab ombak besar semacam je kan. Kami anak beranak duk kat tepian pantai je.



Bilik yang kami dapat pun ok pool view. Kakak suka sangat. Kejap-kejap duk intai ke pool. Ada pulak sliding door. Asyik keluar jela dia. Nampak ramai budak mandi pool dia pun sibuk nak jugak. Ibu pun suruh babah beli pelampung. Kakak nih penakut sikit. Tak macam adik berani.



Breakfast kat The Garden Terrace tuh pun ok sama jugak macam kat tempat lain. Voucher penginapan 3 hari 2 malam nih takde breakfast so kalau nak breakfast kena beli pulak voucher RM50 untuk 2 Adult and 2 Children. Untuk membership dapat lah RM50 tuh.

Dinner kami kat restoran luar. Banyak sangat restoran area hotel nih. Sepanjang jalan semua kedai makan masakan Thai. Untuk malam pertama kami makan kat Planet Seafood lebih kurang seminit je dari hotel ke situ naik kereta. Malam kedua dinner di Sara Thai Kitchen lebih kurang 3 minit dari hotel. Untuk review restoran next entry Cie akan cerita.

So totally untuk review Swiss Garden Resort & Spa nih kami berpuas hati. Staff hotel semua baik dan mesra. Lagi-lagi bell person pun sangat bagus. Bila kereta sampai je kat lobi terus datang bukakan pintu. Thumb up untuk mereka walaupun penat seharian kerja tapi mampu lagi tersenyum kat guest yang datang ke hotel mereka. Hospitality mereka sangat bagus.



Kalau nak bercuti bawak anak-anak sangat dicadangkan datang ke Swiss Garden Resort & Spa Kuantan nih. Anak-anak pasti seronok.






Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Instagram: syafiyahvitashoppe
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/telegram)


Atau boleh juga hubungi PENGEDAR SHAKLEE SELURUH MALAYSIA
Share this article:

No comments:

Post a Comment