1 Ogos 2026
1 Ogos tu memang seharian tak masak. Sebelah malam untuk dinner Cie order Food Panda je untuk anak-anak. Cie tak makan dah kenyang.
Kakak Raisha order nasi goreng thai dan adik Rania nasi goreng kampung. 2 beradik tu licin makan. Cie order dari kedai Abe Joe Cafe.
2 Ogos 2026
2 Ogos dah start masak menu dinner. Nak makan luar pun takde idea. Masak jela sendiri.
Cie masak ayam goreng berlado, telur dadar dan bayam goreng. Ayam berlado memang kegemaran anak-anak.
3 Ogos 2026
Malam sebelum tu dah masak ayam dan telur. So menu seterusnya Cie masak ikan pulak.
Sayur pulak Cie buat bayam celup tepung bestari. Sedap rangup je. Buah tu jambu dan epal hijau asam boi.
4 Ogos 2026
Cie rasmikan rempah gulai cap rose yang dihadiahkan oleh blogger Shikin Razali. Cie pernah je makan orang masak guna rempah cap rose tu. Cuma baru kali pertama masak je.
Bila up kat status whatsapp mula ramai orang komen begitu begini. Kita raikan jela orang nak masak apa. Cie cakap Cie masak tak pakai santan. Ada yang kata kena masuk santan. Eh kau yang masak ke aku masak. Hahahah. Sedap je tak letak santan. Cie letak kerisik.
Untuk menu tambahan Cie buat telur dadar dan ulam timun je. Ni pun dah sedap sangat.
5 Ogos 2026
Menu gulai Terengganu pun dah, Cie buat menu Pahang la pulak untuk menu dinner 5 Ogos 2026.
Kali ni sejenis je ikan patin cuma buat 2 menu patin tempoyak untuk bahagian ekor dan kepala. Bahagian tengah Cie goreng. Ulam timun je dan makan dengan sambal hitam yang Cie dah buat stok tu.
6 Ogos 2026
Untuk 6 Ogos Cie masak menu kedai mamak pulak. Adik Rania request ayam bawang. Bukan ayam je, Cie buat juga telur rebus goreng dan masuk sekali dalam ayam bawang tu.
Sayur pulak Cie buat peria celup tepung bestari goreng. Timun pun ada juga.
7 Ogos 2026
Hari Jumaat ada pasar malam Cie suruh anak-anak bagitau babah mereka beli yong tau fu jela lama tak makan. Dalam masa sama ibu malas masak. Hihi.
Yong tau fu kat Lipis jenis kuah hitam. Ada juga dia bagi sos merah. Licin ye Cie dan anak-anak makan. Faiz makan pecal.









1 Ulasan
Dapp myer..
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.