Menu Dinner 1 Ogos - 7 Ogos 2026

Weekend yang agak busy. Tapi misi share menu dinner tetap diteruskan. Kali ni Cie share menu Cie sepanjang 1 Ogos hingga 7 Ogos 2026. Ada 2 kali je tak masak sepanjang minggu tu. 




1 Ogos 2026

1 Ogos tu memang seharian tak masak. Sebelah malam untuk dinner Cie order Food Panda je untuk anak-anak. Cie tak makan dah kenyang. 


Kakak Raisha order nasi goreng thai dan adik Rania nasi goreng kampung. 2 beradik tu licin makan. Cie order dari kedai Abe Joe Cafe. 


2 Ogos 2026

2 Ogos dah start masak menu dinner. Nak makan luar pun takde idea. Masak jela sendiri. 


Cie masak ayam goreng berlado, telur dadar dan bayam goreng. Ayam berlado memang kegemaran anak-anak. 


3 Ogos 2026

Malam sebelum tu dah masak ayam dan telur. So menu seterusnya Cie masak ikan pulak. 


Cie buat bawal goreng garing dan cicah dengan kicap, bawang dan cili padi. Dalam mangkuk kecil tu daging berlado RTE dari Kak Zaidah. Sikit sangat daging tu. 

Sayur pulak Cie buat bayam celup tepung bestari. Sedap rangup je. Buah tu jambu dan epal hijau asam boi. 


4 Ogos 2026

Cie rasmikan rempah gulai cap rose yang dihadiahkan oleh blogger Shikin Razali. Cie pernah je makan orang masak guna rempah cap rose tu. Cuma baru kali pertama masak je. 


Bila up kat status whatsapp mula ramai orang komen begitu begini. Kita raikan jela orang nak masak apa. Cie cakap Cie masak tak pakai santan. Ada yang kata kena masuk santan. Eh kau yang masak ke aku masak. Hahahah. Sedap je tak letak santan. Cie letak kerisik. 

Untuk menu tambahan Cie buat telur dadar dan ulam timun je. Ni pun dah sedap sangat. 


5 Ogos 2026

Menu gulai Terengganu pun dah, Cie buat menu Pahang la pulak untuk menu dinner 5 Ogos 2026.


Kali ni sejenis je ikan patin cuma buat 2 menu patin tempoyak untuk bahagian ekor dan kepala. Bahagian tengah Cie goreng. Ulam timun je dan makan dengan sambal hitam yang Cie dah buat stok tu. 


6 Ogos 2026

Untuk 6 Ogos Cie masak menu kedai mamak pulak. Adik Rania request ayam bawang. Bukan ayam je, Cie buat juga telur rebus goreng dan masuk sekali dalam ayam bawang tu. 


Sayur pulak Cie buat peria celup tepung bestari goreng. Timun pun ada juga. 


7 Ogos 2026

Hari Jumaat ada pasar malam Cie suruh anak-anak bagitau babah mereka beli yong tau fu jela lama tak makan. Dalam masa sama ibu malas masak. Hihi. 


Yong tau fu kat Lipis jenis kuah hitam. Ada juga dia bagi sos merah. Licin ye Cie dan anak-anak makan. Faiz makan pecal. 


Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Sedap-sedap menu Cie masak. Timun tu kira wajib ada kan. Senang kalau malas masak sayur, ada timun buat ulam je. Kalau malas masak, kita order je. Kadang nak makan luar pun tak tahu nak makan apa.

    BalasPadam
  2. Paling favourite menu 2 Ogos. Tapi tambahkan jambu tu. Ngam.

    BalasPadam
  3. Hekhek, betul la. Kita masak ikut cara kita. Be positive je la meraikan cara orang lain2.

    BalasPadam
  4. Tuhlaaah... Masing2 orang kan berbeda cara masaknya. Ada yg nak mengurangi santan, jadi dia tak letak. Macam saya, kalau masak yg hrs memakai santan, saya akan switch ke fiber creme. Pengganti santan utk orang yg memang tak nak makan santan. Bagi saya sedap2 saja.

    Tp kalau jenis orang yg harus pakai santan, terserah, masak sesuai selera saja kan..

    BalasPadam
  5. Rajinnya Cie buat bayam celup tu. Kena masukkan sehelai-sehelai ke daun dalam periuk masa nak goreng tu? 😅

    BalasPadam
  6. sama lah kita masak kari pun tak pakai santan, ganti dengan tomato sebab taknak dia cepat basi. sedap je makan. menarik lah peria celup tepung tu, nanti nak buat jugak lah

    BalasPadam
  7. semua menu yg dihidangkan sedap2 belaka. yummy....

    BalasPadam
  8. Sedap plak tengok semua makanan tu...kena tabahkan hati akak la nampaknya...hahaha..lepas 3 bulan erk..janji kita perform menu2 dari dapur akak plak

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.