Cie baca je setiap komen tapi memikirkan kalau reply kat komen tu adakah akan dibaca semula. Risau takut tak baca dah. Jadi Cie jawab jela dalam 1 entri. Tak semua la ye mana-mana komen berbentuk soalan je Cie jawab.
Badam tu Cie tak makan pun. Tak blend pun malas. Cie minum coffee saja.
Jangan la tertipu dengan effect camera ye. Hahah. Kalau jumpa depan-depan terkejut nanti tengok. Biasa gitulah ada yang pakai filter, ada tepek foundation bagai jadi cantik la kulitnya dalam gambar. Cie tu snap picture dengan handphone Vivo. Takde setting apa-apa terus jadi flawless.
Ulam keladan tu nanti la Cie buat entri khas share tentang ulam tu. Orang Pahang je kot makan ulam ni.
Nanti ye Cie share berkenaan ulam keladan tu.
Aah rasanya tengah musim. Cie pun tak ke pasar jadi tak jumpa lagi. Yang kami makan tu kakak Cie yang duk Perak tu bawak balik dia beli kat TikTok rasanya.
Sambal Kak Zaidah tu yang sedap Cie suka sambal ikan masin tu. Anak-anak pun suka. Sambal penyet bilis dia tu rasa macam sambal tumis ikan bilis. Ikan bilis tu keras dan macam berbau sikit. Sambal ikan masin boleh repeat.
Semoga terjawab la ye pertanyaan korang. Nanti ada soalan lagi Cie teruskan dengan kompilasi soalan seterusnya. Terima kasih atas sokongan korang selalu komen blog Cie.











18 Ulasan
Hahaba kita pun kdg kalau rajin mmg akan balas komen sorang² tapi time mood malas tu, kita hold simpan je dl..
BalasPadamMmg kdg ada yg akan repeat n baca komen balasan tu tp kdg confirm jarang yg akan repeat baca kan.
Kita slalu husnuzon sbb kdg kita sendiri pun aoan baca blk jawapan blogger kt blig diorg.. saja nak tau apa jawapan² yg korg akan jawab hehe.. pape pun tahniah dpt gak membalas soalan² diorg kt 1 entry
Seronok pula kan buat begini..dapat bahan updated kan blog lah..hehehe
BalasPadamslalu jwb soklan kwn2 dkt komen sbb ada button reply
BalasPadamSoalan pun boleh buat kompilasi kan?
BalasPadam(Nanti masuk kan soalan ni dalam kompilasi seterusnya tau....)
Seronok baca cara jawab komen satu per satu. Nampak sangat mesra dan menghargai pembaca. Banyak juga perkongsian menarik tentang makanan dan tips memasak. Teruskan berkongsi :)
BalasPadamJemput join yer..
BalasPadamSEGMEN: MENCARI BLOGLIST 2026 OLEH EJULZ
Biasanya reply kat komen je. Kalau nak tahu jawapan mesti akan rujuk semula. Okay juga buat kompilasi macam ni. Terjawab semua persoalan gitu.
BalasPadamBagus juga buat camni at least yang menyoal dapat jawapannya. Ada juga idea untuk kompilasi seterusnya.
BalasPadamSegmen ni terjawablah semua soalan blogger ya.
BalasPadamoooo guna filter yaaaa
BalasPadamtahu dah rahsianya hahahhaa
Gambar yang dikomen tu diambil guna vivo memang gitu kejadiannya takde guna filter.
PadamOk nanti saya baca pasal buah keladan. Sebenarnya saya akan datang balik baca komen saya berbentuk soalan untuk tahu jawapan.
BalasPadamda mcm professor serbatau ni.
BalasPadameh da mmg soklan pun tuk cie. hahaa otakku tak berhubung mlm ni cie.
Setuju ttg metode masak. Mama saya pun masak gulai terkadang tak pakai santan . Apalagi kalau dah pekat kan.
BalasPadamKalau saya pula, memang dah mengurangi santan. Jadi kalau masak kari, biasanya akan ganti ke fiber creme.
Sebenarnya typo.. akak baru perasan.. patutnya .. boleh je😆😆😆
BalasPadamlinda pun kadang2 masak gulai tak pakai santan.. kikiki
BalasPadamBagus jugak idea buat kompilasi soalan blogger gini, senang pembaca rujuk balik! Santai2 baca entry mesra santai camni.
BalasPadamMZ singgah baca entry ni. best bila dh terjwb semua persoalan kwn2 blogger. haa entry MZ hari ni pun MZ buat psl jwb komen gini gak laaa
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.