5 Manfaat Lecithin Shaklee - BLOG ROZIAH @ CIE

Sunday 5 March 2023

5 Manfaat Lecithin Shaklee

 LECITHIN SHAKLEE | PENGEMULSI SEMULA JADI

Lecithin adalah bahan berlemak yang penting dalam sel-sel badan dan boleh didapati dalam makanan seperti kuning telur, kacang soya dan organ haiwan. Mengandungi kolin (cholin) iaitu nutrien yang penting untuk mengawal atur fungsi utama badan bagi mengekalkan kesihatan yang baik.



5 manfaat lecithin shaklee


Banyak Manfaat Lecithin Shaklee untuk kesihatan kita. Ia juga dikenali sebagai pengemulsi semula jadi. Lecithin Shaklee diperbuat menggunakan sumber semulajadi daripada kacang soya.

5 MANFAAT LECITHIN SHAKLEE

1. MENGALAKKAN PENURUNAN BERAT BADAN SECARA SIHAT

Lecithin telah diamalkan sebagai sebahagian daripada diet sihat kerana ianya sangat berkesan untuk menggalakkan penurunan berat badan secara sihat. Lecithin membantu mempercepatkan proses pemecahan lemak dan meningkatkan metabolisma badan. Diperoleh daripada sumber semula jadi dan membantu proses penurunan berat badan secara sihat tanpa perlu bergantung kepada ubat-ubatan yang boleh memudaratkan kesihatan kita.

2. MENGEKALKAN KESIHATAN KULIT

Kepekatan asid lemak yang tinggi dalam Lecithin Shaklee dapat membantu untuk mengekalkan kelembapan kulit dengan ciri kelembapannya yang bagus. Ianya mewujudkan penghalang pada kulit yang mengunci kelembapan dan melindungi kulit dari udara dan elemen-elemen luar yang lain.

3. MENINGKATKAN FUNGSI KOGNITIF

Lecithin Shaklee mengandungi kolin yang membantu untuk menghasilkan asetilkolin iaitu bahan yang terlibat dengan pembelajaran, daya ingatan, fungsi otot, tidur, rangsangan seksual, rembesan dan peredaran hormon. Ianya juga dapat membantu mencegah masalah gangguan ingatan akibat usia tua dengan penambahbaikan yang mungkin untuk penyakit Alzheimer's, Demensia dan Amnesia.

4. MENINGKATKAN KESIHATAN HATI

Lecithin Shaklee melindungi kesihatan hati melalui beberapa cara seperti mengawal aliran keluar masuk nutrien dan membantu menyingkirkan toksin daripada hati bagi mengelakkan sebarang kemudaratan kepada tubuh badan kita. ianya juga merupakan sejenis lipid khas yang mencegah lemak daripada terkumpul di dalam hati. 

5. MERENDAHKAN KOLESTEROL

Manfaat Lecithin Shaklee dalam mengurangkan paras kolesterol sudah dikenal kerana telah digunakan dalam rawatan masalah kolesterol yang tinggi sejak sekian lama. Ia membantu mencegah pengumpulan lemak pada dinding jantung, arteri (salur darah) dan otak dengan memecahkan lemak yang terkumpul. Pemecahan lemak ini dapat memberi manfaat kepada kesihatan kardiovaskular kita.


Terlalu banyak Manfaat Lecithin Shaklee untuk kesihatan badan kita. Cie kongsikan 5 Manfaat Lecithin Shaklee untuk rujukan dan panduan sesiapa yang baru ingin mencuba Lecithin Shaklee. Cie memang amalkan makan Lecithin Shaklee sejak buat Intermitten Fasting dan alhamdulillah berjaya turunkan berat badan lebih 8kg sejak Julai 2022. Selain itu Cie amalkan juga Set Kurus Shaklee.

BELI LECITHIN SHAKLEE DI WEBSITE

JIKA ANDA BERMINAT UNTUK MEMBUAT PESANAN PRODUK SHAKLEE ATAU MENYERTAI KEAHLIAN SHAKLEE BOLEH KLIK LINK DIBAWAH




No comments:

Post a Comment