RESTORAN SEAFOOD SUNGAI KARANG
Cerita bulan Januari 2023, bulan Mac 2023 baru berkesempatan nak share. Banyak betul entry tengah beratur untuk dikongsikan. Hihihi. Busy terlajak macam ni la. Snap gambar beria lepas tu bertangguh nak siapkan.
Masa bercuti di Mandurah Hotel Kuantan untuk malam pertama menginap di situ kami memilih restoran seafood yang berdekatan dengan hotel je sebab nak cepat-cepat balik hotel untuk berehat pulak. So kami memilih untuk makan di Restoran Planet Seafood Kuantan.
Terletak di laluan Kuantan Kemaman. Kalau dari Mandurah Hotel hala ke sebelah kanan. Akan nampak deretan kedai makan kiri dan kanan sepanjang jalan. Mula-mula kami cari Sara Thai Kitchen pernah makan kat situ dulu. Rupanya dah tutup. So kami pun singgah la di Restoran Planet Seafood Kuantan.
Masa kami sampai tu ada 1-2 meja saja yang ada pelanggan. Memang kami sengaja keluar makan awal sebab taknak nanti ramai orang. Ternyata pilihan kami tepat. Hihihi. Makanan yang dipesan juga sampai cepat.
Udang telur masin |
Kangkung belacan |
Siakap steam limau |
Sotong celup tepung |
Fresh orange, laici, limau asam boi, teh o ais |
Semua makanan yang pesan sedap dan service pantas. Cuma udang telur masin tu makan banyak akan terasa muak. Yang lain sedap dimakan.
Restoran Planet Seafood Kuantan ni hanya kedai biasa je. Menu pun dah hancur. Lupa pulak nak snap gambar cuma ada la share kat story Instagram Cie masa tu. Agaknya sejak restoran ni dibuka tak pernah tukar buku menu. Tapi tak kesah sangat asalkan makanan sedap boleh dimakan, service cepat.
Selepas kami siap makan di Restoran Planet Seafood Kuantan tu dah semakin ramai orang datang untuk makan juga. Musim cuti panjang memang ramai orang bercuti di tepi pantai.
Terliur betul dengan Sotong celup tepung tu!
BalasPadamTak jauh mana jugak kuantan dgn Temerloh. Boleh pecut ke sana ni hehe.
jemput singgah blog saya ya jika berkelapangan :)
nak lagi best boleh pi makan pok awang celop tepung situ lagi best. InsyaAllah nanti Cie jenguk.
Padam