MANDURAH HOTEL DI KUANTAN PAHANG
Memandangkan cuti raya cina tahun ni agak panjang, maka bermula la planning nak pergi bercuti di tepian pantai. Awal bulan 1 bermula la aktiviti survey harga bilik hotel di tepian pantai. Tak lain tak bukan planning nak stay Mandurah Hotel.
Actually last year masa survey Adena Beach Resort memang dah terjumpa Mandurah Hotel tapi masa tu tak berani nak stay selagi tak baca review. Tu yang repeat book Adena je.
Bila dah baca review baru la rasa nak stay Mandurah Hotel. Kebetulan survey bilik untuk 2 hari cuma ada Standard Room 2 katil single je. Tinggal 1 bilik je dah. Cepat-cepat bagitau husband dan husband transfer duit je terus book walaupun 3 minggu awal. Hihihi
Kami book 2 malam 22 Januari - 24 Januari 2023. Asalnya nak 21 Januari, tapi takde bilik dah. Ramai stay bermula Sabtu agaknya. Takpela stay jela Ahad hingga Selasa asalkan dapat 2 malam baru puas anak-anak mandi pantai.
Tapi tuhla hujan on off sepanjang kami stay Mandurah Hotel. Alhamdulillah ada rezeki juga nak mandi manda.
Kami sampai hotel 4pm. Lengang je lobi takde orang. Maybe tak ramai check in hari Ahad. Dan maybe jugak orang lain check in awal. Kami memang sengaja check in lewat. Takut jadi macam Adena last year berejam kena sidai ramai orang check in tapi bilik belum siap.
Proses check in tak sampai 10 minit pun. Receptionist collect RM100 duit deposit. Lepas tu receptionist pesan Dilarang bawa manggis, durian, merokok. Jika ingkar akan di charge penalti RM100. Kita diberikan 2 key card. Di belakang key card tu ada password wifi.
Settle check in terus naik bilik untuk mandi dan solat sebelum nak turun jalan-jalan kat pantai. Air laut pasang sikit dan keruh. Tak best nak mandi takut ombak kuat.
Baru nak check in dah pukul 4pm |
Receptionist counter simple je |
Lobi luas |
Katil single senang nak rapatkan |
Iron takde dalam bilik kena ke luar bilik kalau nak guna. Ni yang tak best. |
Kebersihan bilik memuaskan. Kelengkapan semua ada kecuali iron dan hair dryer. Ni yang paling penting dalam bilik. Iron dan iron board disediakan luar bilik. Hair dryer memang takde. Terpaksa keluar nak iron baju.
Kemudahan lain kat hotel takde sangat. Pool memang takde so kalau anak-anak korang suka mandi pool boleh pilih Holiday Villa Cherating, Adena Beach Resort, De Rhu Beach Resort. Anak-anak Cie memang tak suka pool so sini la pilihan yang tepat. Hotel ni kecik je tapi selesa.
Lokasi hotel ni agak strategik juga. Berdekatan dengan banyak tempat makan. Kalau sebelah malam tak payah pergi jauh-jauh. Keluar je hotel kiri dan kanan banyak kedai makan. Boleh pilih je nak makan kedai masakan Thailand atau makanan western.
Port untuk oot oot pun banyak. Cie memang suka la buat stok gambar untuk content. Anak la jadi fotografer ibu. Hihihi.
Harga bilik ni kami dapat free breakfast untuk 2 orang. So tambah untuk anak-anak RM15 seorang. Menu breakfast tak banyak pilihan tapi mudah la nak makan tak payah keluar cari breakfast dah. Kami memang jadi orang pertama makan. Anak-anak nak cepat terjun pantai. Hihi.
Menu hari pertama: nasi goreng, bihun goreng singapore, sosej, pau goreng, baked bean, porridge, roti bakar, tembikai, egg counter, kopi, teh, air suam, air sejuk, susu, jus jambu.
Menu hari kedua: nasi goreng mandurah, mee goreng, sosej, popia, baked bean, porridge, roti bakar, nenas, egg counter, kopi, teh, air sejuk, air suam, jus oren.
Menu breakfast tak banyak pilihan. Tapi rasa sangat sedap compare dengan Adena. Adena menu banyak tapi tak sedap. Kat Mandurah ni menu tak banyak tapi sedap.
Kalau nak tau rate bilik kat Mandurah ni kena selalu check web. Harga tak menentu. Biasanya kalau public holiday akan mahal sikit.
Overall Cie puas hati stay sini dan InsyaAllah akan repeat lagi next time.
Ada banyak lagi gambar lain kat facebook Holiday 2023
Yang penting anak- anak seronok kan...
ReplyDeleteYup betul. Selalu plan holiday pun untuk anak2 :)
Delete