OPTICMAX CENTRE KUALA LIPIS
Minggu lepas masa nak masak breakfast untuk anak-anak masa nak ambil cermin mata tu tiba-tiba terjatuh cermin. Bingkai tu masih ada kat tangan Cie. Rupanya skru dah terbuka sikit. Terus jela Cie ketatkan guna hujung pisau tu. Boleh pakai macam biasa.
Ingatkan dah ok rupanya sekali lagi jadi masa dalam kereta lepas je keluar dari IKEA CHERAS Sabtu hari tu. Kelam kabut la cari benda yang boleh guna untuk ketatkan skru tapi takde. Mujur la ada getah gelang kat stereng tu berguna la juga untuk ikat sementara nak sampai rumah.
Kalau takde getah ni merabun la nak sampai ke Lipis lagi 2 jam. Huhuhu. Dulu pernah dah merabun dari Bentong ke KL gara-gara cermin mata hilang tahun 2019.
Dulu-dulu Cie selalu tempah cermin mata kat William Optic Raub. Sejak ada kedai cermin mata yang baru buka kat Lipis ni kali kedua dah Cie beli kat Opticmax Centre Kuala Lipis. Kali pertama tahun 2020 dan kali kedua beli Cermin mata baru 2023.
Hari Ahad kedai tutup. Kebetulan Isnin cuti so terus la pergi beli cermin mata baru. Tapi disebabkan Cie ambil kanta yang tak boleh tembus cahaya handphone dan komputer apa entah namanya Cie lupa, so tak boleh siap terus. Selasa baru siap. Ok jela cermin mata lama Cie mintak dia adjust skru tu.
Cie ambik kanta elak sinaran tu yang mahal sikit. Kalau ambil kanta biasa tu rm200 lebih je |
Banyak pilihan sampai taktau nak ambil yang mana. Banyak optometrist tu suggest Cie try 10 bingkai kot |
Akhirnya ini jadi pilihan hati. Kembali ke warna hitam jugak |
Baru balik dari ambil cermin mata snap gambar dulu dalam kereta |
Ni cermin mata yang lama. Suka design yang ni tapi dah tak boleh pakai skru dah nak tercabut |
Cermin mata baru bertambah pulak power |
Dapat ni sekali dalam case tu ada kain lap |
Optometrist tu kata seeloknya tukar cermin mata baru 2 tahun sekali. Cie ni pulak tukar bila dah rosak je. Selagi tak rosak selagi tu la pakai. So lagi 2 tahun la kita tukar cermin mata baru pulak.
Esok dah boleh pergi kerja dengan cermin mata baru. Anak-anak kata nampak lain muka ibu pakai cermin mata baru. Hihihi
Sama la kita..selagi x rosak selagi tu x tukar..Akak yang baru ni pun jarang pakai...buat bukan main lagi..hahaha
ReplyDeleteCie ni memang tak nampak tu yang kena jugak pakai. power pun makin naik. haishh
Deletecantik plak spek,, oo tak tahu pulak spek memang kena tuka 2 tahun sekali
ReplyDeleteoptometrist tu kata kena tukar 2 tahun sekali.
Delete