Minum Petang Di IKEA Cheras - BLOG ROZIAH @ CIE

Tuesday 28 February 2023

Minum Petang Di IKEA Cheras

 IKEA CHERAS

Masa sebelum decide nak makan di Mohd Chan Chinese Muslim Restaurant tu anak-anak request nak makan chicken wing IKEA katanya lama dah tak makan. Ibu pun cakap la nanti la kita pi makan situ kita Shopping Baju Raya Di Bangi Sentral dulu baru kita Minum Petang di IKEA Cheras. Anak-anak pun setuju.

Minum Petang di IKEA Cheras



Babah macam taknak mula-mula dia kata semata nak makan chicken wing je dia malas nak masuk IKEA. Ibu pun kata ibu ada nak beli bekas sudu. Tu yang babah on je. Kesian pulak kat anak-anak nak makan. Dah alang-alang sampai KL ni.

Lepas siap shopping baju raya kat Bangi Sentral kami pun bergerak untuk Minum Petang di IKEA Cheras.

Macam biasa la kalau kat IKEA ni jarang la takde orang. Memang kena beratur la mujur tak panjang sangat so ok jela. Nak cari tempat makan pun senang je nak dapat.


Minum Petang di IKEA Cheras
20 Meatballs RM18.50


Minum Petang di IKEA Cheras
6pcs Chicken Wing RM18.50


Minum Petang di IKEA Cheras
6 pcs Chicken Wing RM18.50 + RM1 untuk 3 compartment paper. Kalau tak habis boleh bawa balik


Minum Petang di IKEA Cheras
2 pcs garlic bread RM3.90. Mushroom soup RM4.50


Minum Petang di IKEA Cheras
Lamb Shank RM45.90 yang ni husband nak try




Minum Petang di IKEA Cheras
muka puas hati dapat makan kat IKEA


Minum Petang di IKEA Cheras
muka happy je dapat makan kat IKEA


Yang best kat IKEA ni air kita boleh refill. Bayar gelas je RM2.50 segelas dan boleh repeat je ambil air berapa kali kita nak. Cie ambil 2 gelas dan 1 cawan untuk coffee. Masa bayar tu tengok cawan coffee tu free je dia tulis FOC. Air 2 kali je refill setiap gelas tu cukup dah untuk kami minum. Tak sure kenapa coffee cup tu free maybe sebab ada member card kot.

Puas hati dah semua kekenyangan dah makan. Terus merangkap makan malam jela. Lepas kenyang makan terus masuk IKEA untuk shopping pulak.. Apa yang nak dibeli tak dibeli tapi benda lain pulak yang dibeli. Macam ni la kan orang perempuan.

Minum Petang di IKEA Cheras
kerusi ni best tapi tak muat pulak nak sumbat dalam bonet kereta


Minum Petang di IKEA Cheras
tingginya la anak sulung ibu ni nak sama tinggi dengan ibu yang ketot ni dah. hahaha


Minum Petang di IKEA Cheras
bila dapat pegang handphone ibu penuh la gambar 2 beradik ni


Minum Petang di IKEA Cheras
adik yang snap gambar ibu


Minum Petang di IKEA Cheras
adik punya kerja la ni gambar babah tengah serius. hahaha


Minum Petang di IKEA Cheras
suruh ibu snap gambar macam ni. budak zaman sekarang kan.


Minum Petang di IKEA Cheras
ni jela hasil borongan kami. yang kecil-kecil je tak muat bonet. total semua ni RM182


Nak beli bekas senduk sudip yang stainless steel tu tak jadi. Mahal sikit dari yang dulu rasanya. Yang kat rumah tu ok je cuma konon nak beli lain tapi bila fikir semula bazir je. So kita beli benda lain pulak. Cie beli spice jar RM6.00, food container yang ada lid hijau dan oren tu Cie ambik lid oren RM20, chopping board 3 pcs RM25. Tebal juga chopping board tu. Beg IKEA yang biru tu RM12 ada zip sekali tu yang Cie ambil senang nak guna kalau travel.

Barang husband pulak dia beli tray table RM69 dan stool bulat RM25 1pcs, dia beli 2. Senang dia nak melepak kat luar rumah malam-malam dengan kawan dia. Selalu la duk angkut kerusi meja makan tu. Beli letak kat luar boleh jugak duduk petang-petang sambil tengok anak main depan rumah. Tray table tu time raya nanti boleh ibu guna nak deco. Konon-konon la nak deco. Hahaha

frakta trunk RM12


gladom tray table RM69


IKEA 365 chopping board RM25 3pcs


marius stool black RM25 1pcs


pruta food container RM20 17pcs


rajtan spice jar RM6.00 4pcs




Gambar barang yang dibeli ni semua ambil kat website IKEA je malas nak snap satu persatu gambar tu. Asalnya nak Minum Petang di IKEA Cheras je tapi dah lalu kat situ macam-macam pulak yang diambil. Tu pun ada yang besar-besar berkenan di hati macam katil dan rak cuma sebab tak muat kereta je nak beli.

Selesai semua keluar dari IKEA je dah tak nampak matahari. Bulan pulak yang muncul. 2 jam lebih jugak la dalam IKEA tu. Ada kesah cermin mata skru tercabut nanti next entry pulak Cie share cermin mata baru.








2 comments:

  1. Dulu suka makan lamb shank dia, but baru-baru ni pergi dah tak sesedap dulu. meatball je maintain rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah meatball dan chicken wing tu maintain rasa. dorg punya specialty.

      Delete