MAKAN TENGAHARI DI MOHD CHAN CHINESE MUSLIM RESTAURANT BANGI
Wekeend baru-baru ni iaitu hari Sabtu 25 Februari 2023 kami merancang ke Bangi untuk mencari baju kenduri kahwin anak buah suami awal bulan 3 dan terus cari baju raya. Senang cari awal sekaligus so nanti masuk Ramadhan dah tak kalut.
Sampai je kat Bangi anak-anak dah mintak makan. Padahal pagi tadi breakfast kat Bentong rumah kakak Cie dah kenyang masing-masing. Terus cakap kat husband better kita kenyangkan perut anak-anak dulu kalau tak nanti susah nak masuk satu persatu kedai. So kami decide nak makan tengahari di Mohd Chan Chinese Muslim Restaurant.
Kebetulan Mohd Chan Chinese Muslim Retaurant ni berdekatan je dengan Bangi Sentral yang kami nak shopping baju raya ni. So senang lepas makan terus pergi shopping baju. Kali kedua dah kami shopping baju raya kat Bangi ni. Sebelum ni kalau baju sedondon mesti beli kat Gene Martino je.
Mohd Chan Chinese Muslim Retaurant Bangi ni agak besar jugak. Ada ruang makan kat luar, dalam restoran berkipas dan ada kawasan yang ada air-cond. Ada kemudahan tandas dan surau disediakan. Ruang makan yang agak luas dan selesa jugak la.
Kami sampai je kat meja pelayan restoran datang bawa menu dan kertas order beserta dengan pensil. So kita just tuliskan nombor kod makanan dan minuman serta kuantiti. Dah siap semua nanti panggil je pelayan untuk mereka ambil kertas order kita tu.
|
Dim Sum 6 biji RM12.80 |
Dim Sum dia rasa ok jela takdela sesedap Dim Sum yang kami makan di
Lepak Kafe Kuala Lipis. Harga Dim Sum Mohd Chan Chinese Muslim Retaurant ni untuk 6 biji RM12.80 dan diberikan 2 jenis sos. Sos pun tak sedap sangat. Ni yang pertama sekali dihantar selepas kertas order kami diambil.
|
Ni la antara menu yang kami pesan |
|
Calamansi (air limau + asam boi) RM8.90, Epal Asam Boi RM9.90 |
|
QQ Tropical RM9.90 |
Air sampai pun dah agak mengecewakan kami. Memang sikit sangat ais. Tak sama gambar dan sebenar tu ok la boleh diterima pakai tapi kot ye pun bagi la ais tu banyak sikit sejuk la tekak kami nak minum. Bila ais sikit, air pulak masam ada asam boi memang terus auto tak sedap.
|
sementara tunggu makanan lain sampai, habiskan dulu Dim Sum |
|
Take a photo dulu la sementara tunggu makanan |
|
Udang Butter size small RM28.00 (dalam 6-7 ekor rasanya). Yang ni sedap |
|
Kailan Taufu RM25.90 boleh tahan harga dah nak sama harga udang |
|
yang ni je menarik pakai robot hantar makanan |
Kat Mohd Chan Chinese Muslim Retaurant ni makanan dan minuman dihantar oleh robot. Robot akan datang ke meja kita dan lepas kita ambil makanan yang dihantar kita kena tekan OK dan robot akan bergerak semula ke ruang menghidang tu. Cuma bagi Cie macam tak praktikal je dia guna robot ni sebab duk hantar makanan satu persatu dan mereka masih menggunakan pekerja yang ramai juga. Mereput kami tunggu makanan sampai.
|
Chicken Chop Citrus RM28.50 |
Yang ni paling lambat sampai. Nasi kami dah nak habis duk makan udang dan kailan tu je. Bila sampai je meratah jela. Ayam ni paling tak kena selera sebab macam guna oren sunquick tu je. Memang potong selera terus. Ayam yang disalut tepung tu tawar takde rasa dan sos pulak oren sunquick kordial tu. Memang rasa tak kena langsung.
Anak-anak pun takde selera nak makan ayam tu jenuh nak habiskan. Terpaksa telan dan habiskan taknak membazir. Rasa tak berbaloi pulak makan kat sini. Dulu-dulu sedap je.
|
Husband bayar kami tunggu luar dulu |
Husband keluar je terus kata tak berbaloi bayar mahal tapi tak sedap langsung. Jarang husband merungut pasal bayar makanan ni. Kalau mahal sedap dia takde merungut macam tu. Rasanya udang tu jela yang sedap dan kailan tu pun ok la jugak. Ayam dan air memang out terus.
Next time memang tak makan dah la kat Mohd Chan Chinese Muslim Retaurant ni. Dulu kat Raub ada 1 kedai chinese muslim yang sangat sedap makanan dia. Sejak PKP hari tu kedai tu dah tutup. Tapi dengar cerita baru-baru ni dia dah buka semula dan tukar lokasi kedai. Nanti nak pergi la makan sana baru puas hati.
No comments:
Post a Comment