10 Januari 2026 yang lepas Cie menyantuni jemputan walimatul urus Majlis Perkahwinan Nur Qhairuzan dan Muhammad Afif di Mercu View Resort Jengka. Pengantin perempuan merupakan anak kepada Encik Salleh dan Kak Mah.
Encik Salleh tu merupakan bekas Penyelia Hospital Jengka dulu masa Cie bertugas di sana. Memang rapat dengan isterinya Kak Mah. Masa Cie duduk Jengka dulu memang selalu la makan-makan di rumah Encik Salleh masakan Kak Mah bersama geng yang lain.
Pengantin perempuan ni anak sulung mereka. Masa Cie duduk di Jengka dulu kakak ni masih sekolah rendah kalau tak silap. Ke menengah ingat-ingat lupa dah. Memang kenal anak-anak Kak Mah ni dari mereka kecil.
Tahun lepas anak bongsu nya sambut menantu pun Cie datang juga kenduri. Cuma anak kedua je masa tu Cie tak dapat datang ada hal lain cuma kirimkan hadiah jela.
Kami sampai ke Mercu View selepas Zohor dah. Matahari tengah panas terik tapi sejuk je tempat majlis tu atas bukit dan ada pokok-pokok so teduh la. Konsep kenduri kat garden. Pengantin je bersanding dalam dewan. Kami terus je makan dulu.
Banyak menu macam-macam ada. Dessert table je dah habis. Gerai jajan masih ada. Dah siap makan baru la jumpa dengan Kak Mah dan Encik Salleh. Cie bersalam dengan Kak Mah je tak sempat menyapa Encik Salleh. Mereka agak busy melayan tetamu bersalam.
Cie sempat jenguk pengantin dalam dewan kecil je ada pelamin dan ruang makan untuk family je ada beberapa meja. Kak Mah pelawa suruh Cie masuk bergambar dengan pengantin. Cie cakap takpela ramai orang tu. Cie bergambar dengan Kak Mah dan Angah jela kat depan meja goodies tu.
Macam biasa la Kak Mah bagi goodies yang sangat banyak. Untuk Cie goodies yang paperbag tu. Nanti la raya boleh datang lagi rumah Kak Mah borak panjang. Hari kenduri memang mak ayah pengantin busy la melayan tetamu.
Selepas balik dari Mercu View singgah solat dulu kat masjid baru Jengka. Masa Cie duduk Jengka dulu belum ada masjid tu. Siap je solat masa nak balik tu Cie ajak Faiz pusing le rumah sewa Cie duduk dulu Taman Desa Jaya depan hospital je. Dah berubah rumah sewa tu. Dah renovate jadi cantik dah. Masa cie duduk dulu sedih je macam rumah terbiar dengan gate pun takde.
Saja tunjuk kat anak-anak. Lepas tu terus gerak balik dan singgah di Kenangan Coffee Jerantut.







5 Ulasan
Ayunya Cie, berbaju kebaya. Dulu, saya duduk Jengka, uitm dari 1996-1999. Masa tu, cuma ada pasaraya Mat Sapak je. 😁
BalasPadamAlhamdulillah bila pergi majlis kenduri kawan kerja lama mesti seronok kan dapat jumpa kawan-kawan lama.
BalasPadamayu nya cie pakai kaler baby blue ;) best dpt byk goodies!
BalasPadamWahhh...Byknya dpt goodie bag =)
BalasPadamMeriah sungguh majlisnya, siap konsep garden lagi. Seronok baca kisah Cie jumpa kawan lama dan keluarga pengantin, rasa hangat suasana kenduri tu.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.