Dapat Mesin Fotostat

Tahun lepas pada 10 November 2025 office Cie menerima sebiji mesin fotostat untuk kegunaan printing dan fotostat. Bermakna printer tidak digunapakai lagi la selepas dah menerima mesin fotostat untuk penjimatan. Bukan la mesin yang baru. Mesin fotostat refurbished je.


Kalau setiap meja ada printer agak tinggi la kos untuk toner dan sebagainya. Seketul toner pun mahal juga. Lagi-lagi kalau kontrak kerajaan kan.

Mesin fotostat ni pun under kontrak juga cuma akan di charge mengikut meter reading je iaitu bilangan kertas yang kita print atau fotostat. Kertas kita sendiri cuma ink toner untuk print dan fotostat tu jela di charge. Toner mesin tu dan mesin tu sendiri di bawah tanggungjawab vendor yang dilantik la. Kalau toner habis, vendor akan replace. 

Dari segi maintenance dan lain-lain semua di bawah tanggungjawab vendor. Kalau ada problem ke apa vendor akan datang untuk betulkan. Macam ni lagi menjimatkan la. Kalau pakai printer dulu semua hospital kena tanggung la dari toner hingga la kepada maintenance.

Mudah la ada mesin fotostat ni. Kami dah tak perlu ke Unit Pentadbiran untuk fotostat segala macam borang. Banyak pulak tu borang GMP/HACCP dan borang-borang lain. Purata anggaran 8000-10,000 helai setiap tahun untuk fotostat dan printing. 

Takdela paperless tu sebab bila audit ke apa still lagi nak tengok borang hardcopy. Bukan semua dalam sistem. Kadang-kadang sistem down tak dapat juga nak tengok. Kiranya nak go kepada kempen less paper tu tak boleh juga.


Setiap unit yang besar sahaja menerima mesin fotostat ni. Bukan semua la yang dapat. Yang mana tinggi penggunaan print dan fotostat sahaja. Black sahaja toner takde colour. Kalau nak print colour perlu buat di Unit Pentadbiran juga.

Mesin fotostat ni menggunakan internet juga untuk printing. 1 mesin untuk kegunaan semua komputer. Kat Jabatan Cie ada 4 biji komputer dan semua link ke mesin fotostat tu untuk print. Tu yang kena ada sambungan internet.

Keburukannya kalau takde internet dan elektrik maka tak boleh la nak gunakan mesin fotostat tu. Kalau internet takde hanya boleh guna untuk fotostat jela. Begitulah guna apa-apa pun ada pro & cons.


Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. mesin ni sama mcm yg ada kat my dept...each dept ada satu jer mesin ni so 3 dept ada 3 lah..dan ada jugak mesin2 gini kat admin office..ada yg high power utk print exam questions

    BalasPadam
  2. sama la macam kat office lynn juga... bilik Lynn dah tak ada printer... jadi kalau nak print , send kat mesin fotostat dan kena amek kat cawangan pentadbiran...

    BalasPadam
  3. Bagus ada mesin yg besar ni...Cepat & byk sikit kerja bleh buat. Ofis sy ada 3 mesin ni. bila apa2 stock dah reached 25% system akan auto htr ke HQ.Nanti dalam 3 hari ade la supplier dtg htr stock. Cuma yg geram bila system tak htr notification dkt HQ. Dah habis baru perasan.Jadi kena tggu 3 hari utk penghantaran stock.

    BalasPadam
  4. Ini cara yg digunakan oleh kantor saya saat saya masih di HSBC. Mesin fotocopy sekaligus printer,kita sewa ke vendor, semua maintenance vendor akan lakukan. Tinta dah perlu ganti pun, vendor bisa cek dari sistem mereka. Lebih hemat bagi company

    BalasPadam
  5. Oklah itu tidak pening dengan penjagaan mesin fotokopi.

    BalasPadam
  6. Bagus ada mesin fotostat begini, lagipun bila rosak senang panggil sahaja untuk baiki.

    BalasPadam
  7. paling best dgr bunyi dia menjalankan tugas nya..teringat dulu pernah jadi admin..haha rajin la mencopy tender ya hahaha

    BalasPadam
  8. Senang sikit kalau dah ada mesin photostat dalam office sendiri, cepat siap kerja, kan.

    BalasPadam
  9. kita dengan mesin fotostat jauhhhh.. tapi ok lah.. boleh lah exercise. kalau tak duduk je 8 jam kat kerusi

    BalasPadam
  10. ohh semuanya dari vendor rupanya. saya ingatkan mesin fotostat camni mmng jabatan kerajaan beli sendiri. so segala urusan tukar ink atau apa2 pun under staff sendiri, ahaha

    BalasPadam
  11. Mudah dgn fotostat cum printer ni, sama zaman Kak Fuzy kerja dulu memang kami guna fotostat cum printer yg disewa dari Xerox. Rasanya company ni pun dah lama tak de dah.

    BalasPadam
  12. Memudahkan kerja sangat ni ... Mcm ofis lama Akk pun guna mesin fotostat macam ni juga. Nak photocopy, scan & printing semua boleh

    BalasPadam
  13. mudah kerja kalau ada dalam office sendiri tak perlu share kan cie. tapi ye la tetiba takda letrik ke memang tak boleh guna la pula yang jenis camtu

    BalasPadam
  14. Kalau unit tu heavy user, memang sesuai la ada mesin fotostat...lagi sekarang senang, boleh connect je dengan komputer..senang nak print apa2

    BalasPadam
  15. Refurbished pun nampak baru....
    Hati2 kalau guna mesin dalam waktu yg panjang ye... sebab mesin photostat juga ada melepaskan chemical particles dan gases juga.... terbaca di internet.

    BalasPadam
  16. Lagi senang dari guna printer.. dulu pun sebelum ada mesin photostat ni guna printer berebut juga kdg2 nak guna huhu..

    BalasPadam
  17. Mudahlah dah ada printer dekat unit sendiri.. Tak payah nak ke unit lain kan..

    BalasPadam
  18. Ofis kami mmg x byk printer, semua guna mesin potostat utk printing.. mmg byk penjimatan, lepas tu kita pun boleh buat pemantauan penggunaan jugak, siapa paling byk print, bln bila tinggi penggunaan printing.. mcm tu lah.. krjn ni selagi boleh jimat mmg kena jimat

    BalasPadam
  19. Senang dah ada mesin photostat. Banyak tu kertas digunakan

    BalasPadam
  20. Sekarang ni walaupun zaman digital, hardcopy tetap penting utk emergency. Lagi best pakai cara old school, lebih selamat juga

    BalasPadam
  21. Company kami memang guna service luar je.. lebih menjimatkan. Ada yang rental ada yang without rental. Each department dan floor akan dapat satu copier machine.

    BalasPadam
  22. Sama macam.kat office akak, memang amik vendor dan cukup contract habis mqnagement akan amik vendor baru..bab servis apa mmg x perlu risau...vendor yang uruskan...

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.