Cie pun dah masuk tahun ke 14 bertugas di Hospital Lipis. Cie lapor diri di Hospital Lipis awal bulan Februari 2012. Kalau ikutkan surat pertukaran tu kena lapor diri Januari 2012 tapi masa tu diluluskan untuk tangguh sebulan sebab Cie bertukar dengan pengganti kemudian. Selalunya 2 minggu je boleh tangguh tapi case Cie Pengarah Jengka lepaskan pengganti kemudian jadinya Cie dapat la tukar dulu sebelum pengganti Cie masuk.
Tu cerita 14 tahun yang dulu la. Sekarang ni mostly pertukaran dengan pengganti serentak. Kalau pengganti tak datang kita tak boleh tukar. Begitulah kan peraturan yang boleh berubah-ubah. Akan datang taktau pulak macam mana.
Ni pun ada dah ura-ura sejak beberapa tahun lepas yang mana seseorang pegawai berkhidmat lebih 10 tahun kalau tak silap Cie kat satu-satu tempat kena tukar. Cie ni kalau tukar kena ke hospital bersebelahan la sama ada Raub atau Cameron. Dalam kluster yang sama. Dah alang-alang tukar baik mintak Cameron kan sejuk sikit. Hihi.
Kalau boleh taknak la ditukarkan sebab rumah pun dah ada di Lipis ni. Tempat baru kena la menyewa pulak. Kos dah kat situ. Rumah beli tetap kena bayar bulanan. Bertambah pulak kos menyewa.
Berbalik kepada cerita seperti tajuk. Cie nak share baru ni Cie ada beli GOOJODOQ Wireless Keyboard & Mouse Set pada 9 Januari 2026 dari Shopee seller GOOJODOQ.MY dan selamat sampai pada 11 Januari 2026 kat office. Cie buat alamat office.
12 Januari tu Cie masuk office terus la guna. Keyboard dan mouse ni Cie beli warna white grey. Asalnya Cie nak beli black. Dah takde stok. Yang ada white, purple dan pink. Cie pilih jela white tu walaupun duk fikir takut kotor nanti. Takpela kena selalu lap jela. Dapat juga free sticker. Takde kegunaan pun sticker tu.
Almost seminggu dah guna memang puas hati. Keyboard ni besar dari keyboard asal komputer office tu. Button pun macam timbul sikit dan bulat. Yang penting tak berbunyi kuat kelentung kelentang bila kita tekan.
Mouse pun smooth je cuma kena ada mouse pad. Cie beli mouse pad di Mr DIY je. Masa tu nak beli sekali dari seller tu tapi takde. Beli kat DIY RM2.50 je. Cie punya ada mouse pad untuk laptop Cie, dah guna untuk komputer office yang lain. Mouse lama tak guna mouse pad pun.
Yang best guna versi wireless ni sebab kemas la sikit takde wayar berselirat. Lepas tu takdela banyak port usb nak kena cucuk. Yang wireless ni guna 1 je usb dan pakai bateri. Untuk keyboard pakai bateri triple A dan untuk mouse pakai double A. So ok jela kena beli bateri jela. Memang la akan jadi kos tapi takpela asal kita selesa guna. Ada la pro and cons kan.
Saja nak ubah angin sempena tahun 2026 ni. Seperti yang Cie cakap la dah masuk tahun ke 14 dah Cie kat situ cuma yang berbeza office je. Masa tahun 2012 hingga 2018 office lama. Bila dapat bangunan baru kami pindah tahun 2018 ke office baru hingga la sekarang. Tempat sama bertahun-tahun bosan jugak. Jadinya kita tukar la suasana atas meja.
Nak susun atur dalam office susah jugak sebabnya ada 3 meja yang dah memang setting ke dinding ada plug. Tak boleh nak ubah dah. Office pun tak besar mana. Masa office lama dulu setiap tahun Cie ubah. Jadi takdela bosan.




4 Ulasan
Keypad dia timbul gitu, memang nampak lebih mudah menaip.
BalasPadamBenda yang tak boleh ubah, kita hadap jelah kan. Ubah apa yang kita mampu jelah.
cantiknya putih
BalasPadamLinda pun nak beli juga keyboard gitu..saja..buat naik seri.. Kikiki..nak survey² la kang.. lama tu 14tahun.. yang masa pindah ke Melaka, Linda pun dapat pengganti kemudian..dari Melaka ke Selayang, tak minta pindah pun..tapi dipindahkan(sebab kolej tutup).. sekarang dari Selayang, tengah tunggu kelulusan pindah dengan pengganti serentak.
BalasPadamKak SA suka keyboard macam tu..banyak kaler tapi tu la...opis ni skrg dah bagi semua guna laptop dan x leh dah pakai keyboard2 mcm ni...so kena la ikut..kena guna yang company dah provide je...beli untuk rumah ok kot...
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.