Cie pun dah masuk tahun ke 14 bertugas di Hospital Lipis. Cie lapor diri di Hospital Lipis awal bulan Februari 2012. Kalau ikutkan surat pertukaran tu kena lapor diri Januari 2012 tapi masa tu diluluskan untuk tangguh sebulan sebab Cie bertukar dengan pengganti kemudian. Selalunya 2 minggu je boleh tangguh tapi case Cie Pengarah Jengka lepaskan pengganti kemudian jadinya Cie dapat la tukar dulu sebelum pengganti Cie masuk.
Tu cerita 14 tahun yang dulu la. Sekarang ni mostly pertukaran dengan pengganti serentak. Kalau pengganti tak datang kita tak boleh tukar. Begitulah kan peraturan yang boleh berubah-ubah. Akan datang taktau pulak macam mana.
Ni pun ada dah ura-ura sejak beberapa tahun lepas yang mana seseorang pegawai berkhidmat lebih 10 tahun kalau tak silap Cie kat satu-satu tempat kena tukar. Cie ni kalau tukar kena ke hospital bersebelahan la sama ada Raub atau Cameron. Dalam kluster yang sama. Dah alang-alang tukar baik mintak Cameron kan sejuk sikit. Hihi.
Kalau boleh taknak la ditukarkan sebab rumah pun dah ada di Lipis ni. Tempat baru kena la menyewa pulak. Kos dah kat situ. Rumah beli tetap kena bayar bulanan. Bertambah pulak kos menyewa.
Berbalik kepada cerita seperti tajuk. Cie nak share baru ni Cie ada beli GOOJODOQ Wireless Keyboard & Mouse Set pada 9 Januari 2026 dari Shopee seller GOOJODOQ.MY dan selamat sampai pada 11 Januari 2026 kat office. Cie buat alamat office.
12 Januari tu Cie masuk office terus la guna. Keyboard dan mouse ni Cie beli warna white grey. Asalnya Cie nak beli black. Dah takde stok. Yang ada white, purple dan pink. Cie pilih jela white tu walaupun duk fikir takut kotor nanti. Takpela kena selalu lap jela. Dapat juga free sticker. Takde kegunaan pun sticker tu.
Almost seminggu dah guna memang puas hati. Keyboard ni besar dari keyboard asal komputer office tu. Button pun macam timbul sikit dan bulat. Yang penting tak berbunyi kuat kelentung kelentang bila kita tekan.
Mouse pun smooth je cuma kena ada mouse pad. Cie beli mouse pad di Mr DIY je. Masa tu nak beli sekali dari seller tu tapi takde. Beli kat DIY RM2.50 je. Cie punya ada mouse pad untuk laptop Cie, dah guna untuk komputer office yang lain. Mouse lama tak guna mouse pad pun.
Yang best guna versi wireless ni sebab kemas la sikit takde wayar berselirat. Lepas tu takdela banyak port usb nak kena cucuk. Yang wireless ni guna 1 je usb dan pakai bateri. Untuk keyboard pakai bateri triple A dan untuk mouse pakai double A. So ok jela kena beli bateri jela. Memang la akan jadi kos tapi takpela asal kita selesa guna. Ada la pro and cons kan.
Saja nak ubah angin sempena tahun 2026 ni. Seperti yang Cie cakap la dah masuk tahun ke 14 dah Cie kat situ cuma yang berbeza office je. Masa tahun 2012 hingga 2018 office lama. Bila dapat bangunan baru kami pindah tahun 2018 ke office baru hingga la sekarang. Tempat sama bertahun-tahun bosan jugak. Jadinya kita tukar la suasana atas meja.
Nak susun atur dalam office susah jugak sebabnya ada 3 meja yang dah memang setting ke dinding ada plug. Tak boleh nak ubah dah. Office pun tak besar mana. Masa office lama dulu setiap tahun Cie ubah. Jadi takdela bosan.




27 Ulasan
Keypad dia timbul gitu, memang nampak lebih mudah menaip.
BalasPadamBenda yang tak boleh ubah, kita hadap jelah kan. Ubah apa yang kita mampu jelah.
cantiknya putih
BalasPadamLinda pun nak beli juga keyboard gitu..saja..buat naik seri.. Kikiki..nak survey² la kang.. lama tu 14tahun.. yang masa pindah ke Melaka, Linda pun dapat pengganti kemudian..dari Melaka ke Selayang, tak minta pindah pun..tapi dipindahkan(sebab kolej tutup).. sekarang dari Selayang, tengah tunggu kelulusan pindah dengan pengganti serentak.
BalasPadamKak SA suka keyboard macam tu..banyak kaler tapi tu la...opis ni skrg dah bagi semua guna laptop dan x leh dah pakai keyboard2 mcm ni...so kena la ikut..kena guna yang company dah provide je...beli untuk rumah ok kot...
BalasPadamruang dalam office kalau ubah2 setiap dua tiga tahun mesti seronok rasa feel environment baru..
BalasPadamKeyboard dgn mouse semua dah wireless skrg ni...
Nice...Budak ofis sy pun dah 3 org tukar keyboard PC sempena 2026. Sy pun ada add to cart 1 keyboard. Tapi belum check out. =D
BalasPadamnice! moga lebih semangat buat keje ;) hari ni hari gaji yayyy jom byr apa2 yg patut
BalasPadamAkak suka juga guna wireless mouse, nampak kemas meja dan mudah letak dlm poket bila nak kena usung laptop masuk bilik meeting.
BalasPadamSha pun lapor diri awal Februariapi baru 4 tahun di HSR ni..
BalasPadamCantik keyboard tu..
harap2 takde kena transfer ke tempat lain. yela nk kena sewa rumah pulak kan
BalasPadambest pakai wireless mouse. setuju bab wayar tak berselirat tu, kadang2 serabut kita nengoknya
Best nya kalau bole kerja dekat hospital CH tu :p
BalasPadamNew year new tools barulah lebih semangat 💪🏻
Ada tools baru mesti lagi semangat nak kerja kan. Comel je keyboard nya.
BalasPadamAlaaaaa... pink la baru nampak gegirl...
BalasPadamDah lama berkenan dgn keyboard nie... Just add to cart tp tak beli2 lgi haha
BalasPadamBetul tu cie, mmg nk kena ubah selalu kan workstation ni spy dpt aura baru, sy dlu di ofis lama ada bilik sendiri mmg selalu je bertukar posisi tp ofis sekarang agak sukar sikit la sbb port kabel internet dan juga sbb duduk ramai² mcm bilik guru... yg boleh, tukar aksesori mcm tu je lah kan
BalasPadamSekali2 kena ubah kan bagi semangat baru.
BalasPadamcute nya mouse tu cie..tetiba rasa nak juga sebab sekarang guna mouse yang ada wayar eh berselirat rasa serabut la juga macam tersangkut
BalasPadamwaahh keyboard baru! kalo ana mesti beli yg pink! ehehehe
BalasPadamAiiiih JD teringin nak beli. Saya ada beberapa produk Goojodoc, tp mini fan semuanya . So far memang bagus. Baru tahu pula mereka ada jual wireless keyboard dan mouse 😍😍
BalasPadamBestla kalau dapat cameron hehe
BalasPadamKeyboard tu function habis ya
BalasPadamHarap tak kotor la. Kalau Cuya mesti amik warna pink
Ciee, keyboard kita sama, haha. Faa punya pink.
BalasPadamoo ada benda lain Goojodoq tu.. ingatkan kipas kecik je.
BalasPadammemang panas telinga bunyi keyboard kelentang kelentung tu.. kena tukar yang silent. Sedap sikit menaip.
Cantiknya wireless keypad. Kalau kena tukar ke Cameron banyak tempat molek boleh JJCM kan?
BalasPadamLawanya keyboard baru tu 😍 kalau saya pilih yg warna purple sebab hantu purple hehe.
BalasPadamsaya pun ada bercadang nak beli jugak tu... cantik
BalasPadamCantiknya keyboard yang baru ni .lagi semangat nak tekan-tekan ..
BalasPadamKeyboard kat office CCL pun dah minta baru juga .. dah hilang segala abjad
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.