Lepak Kafe Kuala Lipis - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Monday 9 January 2023

Lepak Kafe Kuala Lipis

 TEMPAT MAKAN DI KUALA LIPIS | KAFE

Lepak Kafe Kuala Lipis

Kalau korang berkunjung ke Kuala Lipis dan mencari tempat makan dan lepak santai korang boleh la berkunjung ke Lepak Kafe Kuala Lipis yang terletak di Bandar Lama Kuala Lipis berdepan dengan pondok polis dan bersebelahan dengan Desa Mall.

Menu kat Lepak Kafe ni ada pelbagai jenis yang Cie boleh katakan menu yang sesuai la untuk lepak santai sambil berborak dengan ahli keluarga atau kawan-kawan terutama waktu petang.

Cie paling suka Macchiato kat situ memang sangat sedap. Dah cuba kat kedai lain tetap tak boleh lawan rasa Macchiato kat Lepak Kafe.

Kat bawah ni antara menu yang kami anak beranak selalu order. Kadang-kadang bungkus je. Jarang la makan situ cuma baru-baru ni je rasa nak lepak santai 4 beranak.

Lepak Kafe Kuala Lipis
Waffle Peanut + Chocolate

Lepak Kafe Kuala Lipis
Waffle Kaya

Lepak Kafe Kuala Lipis
Waffle Ice Cream

Lepak Kafe Kuala Lipis
Dim Sum



Lepak Kafe Kuala Lipis
Chocolate Ice

Lepak Kafe Kuala Lipis
Macchiato terpaling sedap ni

Ada banyak menu lain jugak kat situ. Fries, roti, ais krim goreng, rotacheese, oden, pelbagai jenis air ada kat situ dan banyak lagi la menu lain.  Makanan kat situ semuanya sedap. 

No comments:

Post a Comment