4 Oktober yang lepas, akhirnya Cie lega bila menerima emel dari U Mobile mengatakan duit refund daripada U Mobile dah pun masuk ke akaun Cie. Rasanya lega betul bila urusan ni selesai sebab sejak Cie port out ke CelcomDigi, Cie dah mula tertanya-tanya sama ada masih ada baki kredit atau tak sebabnya pada last bil sebelum port out tu bayaran dah jadi -ve.
Proses mohon refund ni nampak mudah ada beberapa langkah penting yang kita kena faham dan ikut betul-betul. Cie nak kongsi pengalaman sebenar Cie dari mula hantar permohonan refund sampai duit tu betul-betul masuk ke akaun.
Kenapa Boleh Ada Refund Dari U Mobile?
Ramai mungkin tak tahu bila kita port out ke telco lain, kadangkala masih ada baki dalam akaun. Sama ada kredit prabayar yang tak digunakan atau lebihan bayaran dari pelan pascabayar.
Dalam kes Cie, Cie pengguna pascabayar dan sebelum proses port out, Cie dah buat bayaran penuh termasuk “unbilled amount” sebab nak elak permohonan port out ditolak.
Selepas talian ditamatkan, sistem mereka masih rekodkan lebihan bayaran yang layak untuk refund. Tapi ia tak akan dipulangkan secara automatik, kita sendiri kena mohon selepas cycle bil seterusnya selepas kita port out dalam tempoh 3 bulan. Selepas 3 bulan kalau tak mohon akan burn.
Langkah Yang Dilakukan Untuk Mohon Pemulangan Baki
Langkah Pertama:
Cie mohon pemulangan lebihan duit melalui emel rasmi mereka pada 22 September 2025. Dalam tu Cie buat ayat simple je.
Mohon bayaran balik bagi nombor akaun
1.85180563
Bersama ini dilampirkan invois untuk rujukan
Cie attach juga bil yang ada menyatakan lebihan amount tu. Untuk rujukan mereka jela kan. Pihak U Mobile membalas emel Cie dan minta beberapa maklumat.
Langkah Kedua: Isi Borang Refund
Dalam borang tu, Cie kena isi maklumat berikut:
- Nama penuh seperti dalam IC/Pasport:
- Nombor IC/Pasport penuh:
- Jumlah talian U Mobile aktif yang anda miliki sekarang:
- Alamat bil U Mobile yang didaftarkan:
*Pastikan maklumat yang diberikan di atas sepadan dengan rekod dalam sistem kami.*
Sila juga berikan maklumat akaun bank anda untuk tujuan pembayaran balik:
Nama Bank (cth: Maybank, CIMB, RHB)
Nombor Akaun Bank:
Nama Pemegang Akaun Bank:
Dan juga, sila berikan maklumat seperti di bawah:
Nombor telefon yang boleh dihubungi:
Alamat emel:
Cie isi semua maklumat dengan lengkap dan tekan send pada 23 September 2025. Cie terima emel pengesahan permohonan refund diterima pada hari yang sama.
Langkah Ketiga: Tempoh Menunggu
Dalam emel tu, mereka nyatakan proses refund akan mengambil masa 60 hari. Mulanya rasa nak marah juga yela nak pulangkan duit kita punya la lama.
Pada 24 September 2025 customer service U Mobile ada call mintak Cie buat pengesahan permohonan dan pengesahan yang Cie ni pemilik nombor tu. Macam-macam disoalnya.
Dah la masa tu Cie tengah jalan kaki dari tepi jalan ke depan sekolah kakak Raisha. Tunggu punya tunggu tengah panas tu kakak Raisha tak muncul-muncul. Kena marah la customer service U Mobile tu duk sibuk mintak pengesahan. Cie duk cari anak tak jumpa.
Call babahnya masa tu ke KL. Dia pun takde idea ke mana kakak pergi. Akhirnya terdetik Cie nak call staf Cie. Katanya lama dah kakak tunggu kat office ibu. Masa tu Cie dari Unit Pentadbiran buat audit, Cie tak masuk office dah. Kakak Raisha pulak jalan kaki ke office. Memang tak jumpa la.
Tak pasal-pasal masa tu customer service U Mobile yang call Cie tu kena marah. Mau tak risau weh tiba-tiba anak takde depan sekolah.
Akhirnya selepas kira-kira 11-12 hari, Cie dapat notifikasi dari bank yang menunjukkan transaksi kredit masuk atas nama U Mobile Sdn Bhd. Masa tu memang rasa puas hati sebab akhirnya urusan ni selesai.
Masa tu terfikir. Bagus juga pegawai yang kena marah tu tetap proses permohonan Cie walaupun masa dia mintak pengesahan tu Cie marah dia. Emosi masa tu. Harapnya pegawai tu maafkan la Cie.
Berapa Jumlah Refund Yang Diterima
Jumlah refund Cie RM139.25. Banyak jugak kalau tak dituntut ni rugi jugak.
Selain itu, proses refund ni juga penting untuk pastikan akaun lama ditutup dengan betul, supaya tiada bil baru muncul di kemudian hari. Baru-baru ni ada terima bil lagi dari U Mobile dah betul-betul kosong.
Tips Untuk Yang Nak Mohon Refund U Mobile
Berdasarkan pengalaman Cie, ada beberapa tips berguna untuk pengguna lain yang nak mohon refund:
- Pastikan akaun betul-betul ditamatkan sebelum mohon refund. Biasanya akan terima bil.
- Hantar emel permohonan ke U Mobile guna ayat yang simple je pun boleh.
- Isi borang dengan maklumat bank yang tepat, sama seperti nama pada akaun U Mobile.
- Simpan salinan emel pengesahan dan resit pembayaran terakhir sebagai bukti.
- Sabar menunggu, sebab proses dalaman mereka memang ambil masa.
Pengalaman Keseluruhan
Secara keseluruhannya, pengalaman Cie dengan proses refund ni boleh dikatakan memuaskan. Yang penting, Cie akhirnya dapat juga duit tu semula.
Kalau nak dibandingkan dengan pengalaman semasa port out hari tu yang agak rumit, proses refund ni jauh lebih mudah cuma kena sabar tunggu duit masuk.
Duit refund U Mobile dah selamat masuk akaun dan Cie rasa lega sebab semua urusan berkaitan talian lama kini dah selesai sepenuhnya. Lepas ni boleh terus fokus guna CelcomDigi tanpa rasa tergantung dengan akaun lama.
Untuk sesiapa yang sedang dalam proses port out atau baru tutup akaun U Mobile, jangan lupa semak sama ada ada lebihan bayaran. Kadang-kadang walaupun kecil, itu tetap hak pengguna. Mohon saja refund tak susah pun, yang penting sabar dan ikut langkah betul.









5 Ulasan
Rezeki, banyak juga tu lebih ratus..tahniah, dapat beli beras..
BalasPadamAlhamdulillah, rezeki betul tu...
BalasPadamTerima kasih infonya. Maknanya kalau kita tukar2 telco proses yang sama ye kita hadapi. Akak setia dgn celcom walaupun dah berganting bahu dengan DG malahan nombor pun tak pernah tukar bertahun-tahun kecuali masa hilang phone sebelum tu kenalah ganti no baru.
BalasPadamAlhamdulillah...Yeay..Dpt shopping =)
BalasPadamlega bila dh setel semua tu!
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.