Siapa suka makan mangga? Buah tempatan yang satu ni memang kegemaran ramai. Sedap dimakan begitu saja, dicicah gula kicap atau dibuat jeruk.
Minggu lepas anak buah Cie singgah rumah hantar sebiji buah mangga ni. Dia punya sebiji tu puas makan boleh buat macam-macam. Selalunya Cie buat jeruk tapi kali ni malas. Cie hanya buat makan colek gula kicap dan buat ayam goreng sos thai mangga je.
Pokok mangga ni di belakang rumah kakak Cie, Kak Ngah. Hari tu masa Cie balik kampung singgah rumah dia dah suruh kait mangga tu. Malas pulak masa tu.
Masa Cie timbang berat mangga tu terus terdetik nak buat contest teka berat la. Cie pernah buat di Facebook beberapa tahun lepas mangga Kak Ngah la jugak. Ramai jugak yang teka masa tu. Ada sorang yang teka hampir tepat.
Kali ni Cie nak ajak rakan blogger pulak join Contest Teka Berat Mangga!
Cara Penyertaan Mudah Je
Tak perlu isi borang penyertaan dan free je! Cuma ikut langkah mudah ni:
- Teka berapa berat sebenar mangga tersebut (dalam gram). Dalam gram ye siapa letak kilo walaupun betul tidak dikira.
- Tinggalkan jawapan korang di ruangan komen blog ni.
- Setiap orang boleh komen 3 jawapan je ye.
Contoh komen:
Saya teka:
1. 735 gram
2. 900 gram
3. 1001 gram
Tempoh Contest
Tarikh mula: 28 Oktober 2025 8.00 pagi
Tarikh tamat: 31 Oktober 2025 11.59 malam
Pemenang akan diumumkan dalam satu entri khas di blog ni bila Cie ada kelapangan nanti awal bulan 11 InsyaAllah. Jadi jangan lupa singgah semula nanti!
Hadiah Menanti Pemenang
Pemenang yang teka paling tepat atau hampir dengan berat sebenar mangga akan menerima hadiah misteri daripada Cie! (Bukan setakat mangga, tapi lebih manis daripada tu. Hihi)
Kalau ada lebih daripada seorang pemenang dengan jawapan sama tepat, pemenang akan dipilih berdasarkan siapa yang komen dulu.
Tujuan Contest
Sebenarnya contest ni sekadar suka-suka untuk merapatkan hubungan sesama blogger dan pembaca blog ni. Kadang kita sibuk dengan entri bercerita, jadi elok juga selit aktiviti contest macam ni. Lagipun, siapa tahu rezeki berpihak pada korang kali ni!
Jom Sertai Sekarang!
Dah tengok gambar mangganya? Dah agak berat berapa? Tinggalkan tekaan korang sekarang di ruangan komen sebelum tarikh tutup!
Jom meriahkan contest ni mana tau kali ni rezeki korang pulak menerima hadiah dari Cie.
Pesanan lain: Jangan lupa juga ye blog Cie ni masih berlangsung mencari pemenang top komentator setiap bulan. Tarikh tutup hari terakhir setiap bulan. Komen la banyak-banyak mana tau korang pulak next top komentator blog Cie.




8 Ulasan
Saya rasa macam
BalasPadam850 gram
950 gram
1000 gram
Sy ingat salah blog tadi, selalu teka-teka berat mangga ni, orang LD jadi penganjurnya, hihi.
BalasPadamSy teka :
1. 857 gm
2. 1009 gm
3. 958 gm
Kak SA nak cuba la
BalasPadam1. 560gram
2. 680gram
3. 986 gram
nak cuba juga...
BalasPadam1- 950g
2-1050g
3- 900g
Alamak..pagi2 teka berat buah mango plk... =)
BalasPadamSy teka...
1. 1100 grm
2. 1300 grm
3. 980 grm
sis cubeee...
BalasPadam1. 750g
2. 1.1kg
3. 960g
saya rasa
BalasPadam1.1200g
2.1600g
3.1800g
Mula2 igt kak Amie buat contest teka mangga...rupanya cie...kita cuba la yer:-
BalasPadam1. 850 gram
2. 1300 gram
3. 1550 gram
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.