Genap 5 Tahun Pemergian Ayah Tercinta

3 November 2020 hingga 3 November 2025 genap 5 tahun kehilangan ayah tercinta. Cepatnya masa berlalu. Rasanya baru je semalam. Masih segar diingatan detik-detik terakhir pemergian ayah. Terlalu cepat berlaku.

5 tahun pemergian ayah tercinta

Mac 2020 ayah mula jatuh sakit. Waktu tu ayah di diagnosed mild stroke. Beberapa malam juga ayah admit ward. Selepas dah discharged ayah mula buat excercise di rumah dan ada juga buat fisioterapi. Beberapa bulan selepas tu ayah dah boleh berjalan dan drive macam biasa.

Bermula pada 28/10/2020, selepas solat Asar Cie terima panggilan dari kakak di kampung bagitau ayah sakit. Cie pun kemas barang dan bergegas balik kampung. Sampai di kampung ayah dah tak bercakap. Mulut ayah terkunci. Anak buah call ambulans.

Ambulans sampai tapi ayah taknak naik stretchers tu. Ayah turun dan berkeras taknak. Cie cakap kat MA tu takpela nanti kami bawak sendiri ke hospital. 

MA yang datang tu explain kat Cie dia mintak sign borang Against Medical Advice (AMA) Form dan dia cakap kena paksa jugak bawak ke hospital. Biasanya dia kata oksigen dah drop tu yang dia bertindak luar kawal. Memang kuat jugak ayah melawan masa tu. 

Adik beradik semua balik dah masa tu masing-masing dah gerak dari Pekan, Bentong. Yang Perak dan Penang pun akan bergerak jugak cuma kena tunggu update dari kami dulu. Yang Terengganu je lambat sikit sebab abang yang tu pun strok. Dia kena tunggu anak-anak dia bawak balik baru boleh balik. Tapi kami keep on update la kondisi ayah.

Malam tu Cie tidur di kampung. Ramai la saudara mara, kawan-kawan masjid ayah datang nak tengok keadaan ayah. Ayah still tak boleh bercakap dan dia pandang je semua orang yang datang. Ayah dah taknak makan dan minum. Malam tu kakak dan abang tidur kat ayah dan memang mereka tak tidur sampai pagi. Ayah muntah banyak kali jugak.

Pagi 29 Oktober 2020 tu Cie cakap kena bawak jugak ke hospital. So Cie, Kak Long dan Abang Ipar bawak ke hospital. Yang lain sambung berehat sebab mereka semalaman dah tak tidur. Masa tu pun ayah taknak jugak beberapa kali cubaan untuk turun dari wheel chair masa nak bawak keluar dari dalam rumah ke kereta. Tapi kami paksa jugak.

Sampai je hospital terus ke Jabatan Kecemasan. MA bawak masuk ke yellow zone. Doktor check apa semua dalam tu dan mereka panggil waris. Cie pun masuk jumpa Doktor. Doktor cakap oksigen ayah dah drop. Keadaan ayah agak kritikal. Sekarang ada 2 pilihan sahaja sama ada biar je atau intubate. Doktor explain la kesannya.

Kat Kecemasan tu pun ayah beberapa kali muntah. Cie bersihkan muntah ayah. Cie ingat lagi ayah pandang je Cie tapi ayah tak boleh berkata-kata dah. Masa tu Cie dah ayah je. Kak Long dan Abang Ipar tunggu kat luar.

Masa doktor cakap tu bagai nak gugur jantung Cie. Cie voice je dalam group family bagitau keadaan ayah. Waktu tu doktor nak buat xray dulu nak tengok kepala ayah.

Selepas xray sekali lagi doktor panggil Cie dan kali ni Cie masuk dengan kakak yang dari Bentong baru je sampai. Kami dengar doktor explain tapi otak kami blank taktau keputusan apa nak dibuat. Rupanya pendarahan di kepala ayah dah semakin banyak. Masa ayah kena mild strok tu dah ada sikit, lama kelamaan makin banyak.

Memang kami terkejut la sebab siang 28 November tu ayah masih boleh drive. Berselisih dengan Faiz. Mujur la masa tu takde apa-apa masa ayah drive tu. Ayah jatuh sakit tu petang selepas Asar. Masa ayah tengah tengok berita kat TV.

Cie cakap kat doktor boleh tak nak tanya pendapat kakak yang nurse tu. Doktor cakap boleh u call nanti i explain. Cie pun call. Doktor explain keadaan ayah masa tu. Kakak yang nurse tu lebih tau apa yang terbaik dan kami semua serahkan sepenuhnya kepada dia untuk buat keputusan.

Kakak decide untuk intubate. Dia cakap dia nak jumpa ayah sebelum ayah pergi. Walaupun dia tau ayah dah takde harapan dah. Doktor tak suggest intubate sebab akan menyakitkan ayah. Tapi sebab kakak nak balik juga jumpa ayah buat kali terakhir.

Kerja sebagai seorang nurse ni bukan mudah nak cuti. Ayah masuk wad pun kena tunjuk bukti baru la dapat cuti. Jadi dia sampai lewat sikit la. Tu yang dia minta intubate dulu. Selepas selesai semua prosedur di kecemasan dan ayah telah di intubate, ayah dimasukkan ke CCU Wad Kenanga 4A. 

Kat CCU tu tak boleh tunggu cuma ada nurse je dalam tu. Nurse yang jaga tu Cie kenal. Jadi senang la minta dia tengokkan ayah. Kami bergilir jela jenguk ayah. 

30 Oktober 2020 awal pagi lagi doktor dah call Cie minta segera datang ke hospital. Bagai nak gugur la jantung lagi sekali. Doktor cakap mereka nak extubate dah sebab ikut prosedur ayah ni dah takde harapan jadi mereka nak standby mesin tu untuk orang yang lebih memerlukan. Kami akur jela dengan prosedur mereka.

Cuma doktor tak maklumkan nak extubate tu pukul berapa. Ada yang stay di hospital dan ada yang balik rumah Cie. Semua berkumpul di rumah Cie la. Masa ni semua adik beradik dah ada. 

Sekali lagi dalam tengahari macam tu kakak call suruh datang segera ke hospital sebab doktor nak extubate dah. Doktor cakap antara 2 sama ada ayah boleh survive selepas extubate atau ayah terus pergi.

Kami bergegas semula ke hospital. Sampai je di hospital doktor dah selesai extubate dan kami semua baca yasin kat tepi ayah. Penuh la wad CCU tu dengan kami sekeluarga dan saudara mara. Kat luar pun penuh ramai betul melawat ayah sampai kena bergilir masuk.

Selepas beberapa jam ayah dipindahkan ke wad biasa, Wad Kenanga 3A. Masa ni kami bergilir la jaga ayah mengikut syif. Cie jaga siang, kakak yang nurse tu jaga malam. Dia lebih biasa berjaga malam, kami semua tak biasa.

Sepanjang tempoh tu kami dah berbincang andai kata nak bawak balik ayah nanti siapa nak jaga, kena ambil kira susu yang ayah akan minum sebab ayah kena ryles tube feeding. Mesin untuk sedut kahak pun kena sediakan. 

2 November 2020 Cie dah masuk kerja. Adik beradik yang lain ada dah balik, ada masih stay. Masa tu keadaan ayah ok je. Cuma masih tak sedar dan bergantung kepada oksigen juga. 

Cie sempat la berjumpa dengan Pegawai Sosial Perubatan untuk dapatkan bantuan katil dan mesin sedut kahak tu memandangkan ayah adalah pesara kerajaan so mudah la nak dapatkan. Cie dah siap ambil borang, tinggal nak tunggu pengesahan pegawai perubatan je.

Selepas balik kerja Cie jenguk ayah kejap kat wad. Wad ayah tu atas office Cie je. Masa tu kakak jaga. Keadaan ayah biasa je takde apa-apa yang membimbangkan. 

Cie balik rumah untuk masak. Selepas masak nak datang semula untuk jaga ayah sementara nak bagi kakak berehat. Selepas siap solat Cie pun bergerak ke hospital bersama kakak-kakak Cie. Bawak bekal makanan juga untuk kakak yang jaga kat wad.

Sampai kat wad kakak yang nurse tu cakap oksigen ayah dah tak berapa cantik. Dia cakap sedia jela dengan sebarang kemungkinan. Kami pun tak jadi la balik terus stay sama-sama kat wad. Mana adik beradik yang dah balik rumah masing-masing, bergegas balik semula. Masa tu keadaan ayah dah agak tenat.

Lebih kurang pukul 2-3 pagi camtu Cie call Faiz mintak bawak anak-anak. Ayah dah nazak. Faiz pun bawak la anak-anak. Kami setiap orang bisik ke telinga ayah mintak maaf salah silap. Turn Cie memang terkunci mulut tak boleh nak cakap. Tersekat-sekat suara nak keluar. Adik beradik dan anak buah bergilir baca yasin sampai ke pagi.

Tepat jam 8.09 pagi 3 November 2020, ayah pergi meninggalkan kami semua dengan keadaan yang sangat tenang. Di depan semua anak-anak. 

Tak lambat walaupun sesaat apabila Allah dah tetapkan. Yang hidup pasti akan mati. 5 tahun berlalu sekali pun tak pernah lupa. Rindu tak pernah hilang. Cie dah kehilangan sebelah lagi sayap selepas mak meninggal pada 4 Jun 2010.


Ya Allah, kurniakanlah ganjaran syurga FirdausMu untuk ayah kami yang telah banyak berkorban membesarkan kami selama ini.

Ya Allah gantikan penat lelah buat Ayah yang telah banyak berkorban dan membesarkan kami dengan setinggi-tinggi SyurgaMu di sana. 

Aamiin Allahumma Aamiin

Allahyarham Mohd Idris @ Muhammad Nor bin Mat Daud
3 November 2020
8.09am


Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Moga kita semua dapat bertemu kembali dengan kesayangan kita di syurga nanti.

    BalasPadam
  2. berair-air mata saya baca entry ni. semoga arwah ayah kak cie ditempatkan dalam kalangan orang yg beriman. Alhamdulillah adik beradik semua sempat jumpa ayah buat kali terakhir :'(

    BalasPadam
  3. sebak baca entry Cie hari ni..terus teringat bapak dekat kampung... 🥲🥲 semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.. linda tak tahu, cerita linda macam mana nanti...

    BalasPadam
  4. Al-fatihah...Semoga arwah ditenang disana dgn doa dr anak2..Amin

    BalasPadam
  5. Allahuakbar! Sebaknya membaca saat akhir Cie adik-beradik kehilangan ayah.

    BalasPadam
  6. semoga allahyarham ayahanda Cie di tempatkan di kalangan hambaNya yang beramal soleh, aamiin.. kerinduan yang tak ada penghujungnya , kan...

    BalasPadam
  7. Sebaknya Cie... Tapi syukur semua anak² ayah ada disisi pada saat akhirnya.

    Selang 2 minggu dari pemergian ayah Cie ni, Mak Akk menyusul ke alam sana. Semoga arwah ibu ayah kita beroleh syurga tertinggi jannatul Firdaus hendaknya aamin 🤲🏻

    BalasPadam
  8. Sorry Cie...Kak SA menangis baca entry ni...lately ni sensitif sanagt la......teringat kisah arwah Mak Pah...lebih kurang cerita Cie..cuma akak masih x dapat nak buat entry khas untuk arwah mak...sedih tu x tau nak cakap macam mana..Alfatihah buat ayah cie..semoga dipertemukan semula nanti di sana...

    BalasPadam
  9. moga diampuni semua kesalahannya dan diterima semua amal kebaikannya.. apa jua momen menjadi indah ketika orang tua masih ada .. apabila mereka telah pergi maka hilanglah keindahannya

    BalasPadam
  10. الفَاتِحَة buat ayah Cie

    BalasPadam
  11. baca kisah akak, buatkan sy teringat kenangan kali terakhir dgn arwah ayah juga, huhu
    sehari sblm ayah meninggal, sy tolong jaga ayah kat wad. masih ingat lg bagaimana kuatnya ayah genggam tangan.. itulah genggaman buat kali terakhir.

    BalasPadam
  12. bergenang air mata MZ baca entry cie ni...i know how it feels...MZ dh kehilangan ayah sejak 16 tahun yg lps (usia ariff)...moga arwah ayah2 kita ditempatkan di taman2 syurga..aamiin

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.