Kami keluar tadi lewat jugak dah 9 lebih. Memang dalam kedai dah full. Mujur rezeki kami meja luar ada 1 yang dah takde orang. Meja pun belum kemas masa kami sampai. Duduk jela asalkan dapat makan kat situ.
Kena menunggu juga pelayan datang kutip pinggan cawan kotor, lap meja dan baru la dia ambil order. Kita faham je bukan nak rushing ke mana pun. Tunggu jela walaupun lambat.
Kami order 2 nasi lemak ayam, bubur nasi, 2 set roti bakar, 2 teh o ais, kopi o ais dan kopi. Paling lambat sampai tadi roti bakar. Semua dah siap makan. Faiz tanya kat pelayan tu baru la dia buat. Dah terlupa agaknya.
Terlalu ramai orang service memang jadi lambat la. Kedai ala kopitiam ni ada 1 je kat Lipis ni. Tu yang jadi tumpuan ramai. Lagi-lagi hari cuti ramai orang balik kampung dan bersarapan di luar.
Cie suka kopi kedai dia tu lain dari rasa kopi kedai lain. Roti bakar pun sedap. Ni jela menu yang Cie selalu order kalau ke situ.

0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.