Tumbler Zus Yang Pertama

Cie join Zus ni rasanya 2023. Tak pernah lagi beli tumbler Zus sepanjang join. Takde rasa nak beli. Sebabnya Cie selalu order pick up masa on the way so sampai terus ambil je dah siap.

Kalau guna tumbler dah sampai baru boleh order dan serahkan tumbler. Kalau nak dine in ok la kan. Cie selalu pick up je tak dine in. 

Cie selalu je nampak kat bahagian merchandise tu harga tumbler RM75. Setiap pembelian nanti akan dapat less 10%. Cuma tak tergerak hati pun nak beli. Walaupun dah mula minum Zus 2023 dan dah pernah capai ZUS Elite dah pun.

Sekarang rank dah menurun. Lama jugak hari tu Cie dah takde beli Zus. Tak ingat kenapa hari tu lama tak beli Zus. Sekarang ni baru mula semula dapat la naik semula ke Rising Star. Kalau nak naik rank tu tak boleh guna voucher la baru dikira cup count tu. Kalau guna voucher cup count tak dikira. Kita ni pulak pantang ada voucher nak murah je. 

Nak dijadikan cerita masa scroll Shopee nak beli barang ternampak tumbler Zus. Saja jela tengok harga. Nampak legit sebab ada mall so Cie pun apa lagi baca review tengok semua kata ok dan boleh register tumbler. Terus la Cie add to cart 23 April dan 24 April dah sampai laju betul.

Cie beli dari Zus Official Store. Cie ambil All Day Cup + Reusable Straw Kit warna Deep Sea dengan harga RM63.49 selepas ditolak segala voucher discount. Kira murah la dari kat web Zus RM75 yang takde straw kit tu.




Akhirnya terbeli jugak la tumbler Zus yang pertama ni. Adakah akan ada lagi selepas ini? Mungkin ye dan mungkin tidak. Hihi. 



Dah selesai register tumbler guna QR yang diberikan. Cie pun dah try order hari tu guna tumbler dan dapat dah discount 10%. Nanti Cie share kat entri lain.


Catat Ulasan

1 Ulasan

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.