Tak pun nanti hari ada perhimpunan jela kot kena sarapan dulu. Memang kena paksa la makan pagi. Kalau tak suruh memang taknak makan. Katanya nanti awal pagi dah nak membuang kat sekolah. Susah jugak kan. Macam-macam la anak-anak ni.
Hari ni menu dinner simple je. Kering idea dah nak masak apa. Ada ayam, telur, sayur dah cukup. Idea nak mengarang post pun takde ni tapi nak jugak share menu dinner.
Sejak pageview konsisten ribu-ribu hingga belas ribu sehari ni kena la gigih. Blogger sendu ni gini la. Dapat pageview banyak pun dah semangat.
Cie pun taktau ayam masak apa ni. Selalu jugak masak menu ni. Bahannya Cie blend je. Bawang putih, bawang besar, kunyit hidup, halia, serai, cili padi. Lepas tu tumis sampai pecah minyak baru masukkan ayam dan air. Biar je mendidih sampai ayam masak.
Selalunya Cie letak asam keping. Ada belimbing buluh Cie letak la tadi beberapa biji. Letak perencah cukup rasa dan garam.
Sebagai tambahan menu protein Cie buat telur dadar hancur. Mulanya nak buat ikan rebus goreng tapinya beku lagi. So tukar kepada telur je.
Mangga Kak Ngah bagi tu ada lagi setengah biji. Cie buat kerabu mangga dan jeruk mangga. Jeruk mangga Cie buat semalam dah habis.
Kerabu mangga tu Cie hiris serai, bawang holland dan cili padi. Gaul je dengan sos ikan dan nise thai. Tu je bahannya. Sayur lain takde dah ulam timun jela.
Lepas Maghrib tadi selesai dah dinner. Kami memang makan awal sebelum 8 malam tu dah siap dinner. Dah terbiasa makan awal.


1 Ulasan
Tak pernah lagi try ayam masak style Cie ni....tapi nampak sedap juga tu.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.