Sarapan Pagi Menu Pulut: 8 November 2026

Pagi ni mood rajin datang so masak jela breakfast. Setiap minggu makan kat kedai pun pening jugak taktau nak makan kat kedai mana. Kedai sama je pun. Kejap-kejap lagi lepas breakfast baru la keluar beli barang dapur. 


Cie masak menu pulut pagi ni. Pulut Cie masak dalam rice cooker je. 3 cawan pulut = 3 cawan air. Letak daun pandan nak bagi wangi. Garam boleh la letak sikit, Cie tadi terlupa letak garam. Memang pulut kosong jela. 




Lauk pauk Cie masak rendang ayam, ikan masin dan telur dadar. Cie suka makan pulut dengan ikan masin, telur dadar, sambal sardin, sambal ikan bilis. Rendang kurang sikit, kecuali teringin je boleh la makan. Lama tak masak rendang ayam so boleh la pagi ni makan dengan pulut. 

Minggu ni cuti panjang ada yang pergi bercuti, balik kampung kan. Cie takde ke mana pun duk rumah je. Semalam je balik kampung kejap. Plan nak mengemas stor.

Cie sambung cuti sampai Selasa sama budak sekolah. Kalau ikutkan cuti free Isnin je 9 November, gantian cuti Deepavali jatuh hari Ahad. So 10 November Cie ambil cuti rehat. 

Selamat bercuti buat semua kawan-kawan blogger. 


Catat Ulasan

0 Ulasan