Mujur tak banyak sangat kereta ke Kelantan cuti panjang minggu ni. Takdela jem. Kalau biasa tu banyak sangat kereta jadi jem.
Masak dan makan tengahari kat rumah Kak Ngah.
Kak Ngah ambil mangga telur kat rumah dia ada banyak. Cie ajak Kak Ngah buat sambal pauh versi Kelantan tu. Sedap jugak. Cie buat la tadi sikit. Kak Ngah rebus ikan lepas tu goreng.
Cili padi tumbuk Kak Ngah dah ada. Cie tumbuk isi ikan tu sekali cili padi, lepas tu cincang je mangga, masukkan dalam lesung gaul-gaul je dah siap. Memang sedap betul makan dengan nasi panas.
Ikan tilapia bakar cicah dengan kicap dan Cie buat jugak air asam. Menu lain pun ada Kak Ngah masak.
Melepak kat kampung sampai petang baru Cie gerak balik rumah. Lambat lagi la boleh jumpa cucu Idris Arhan nak balik Johor dah. Nanti raya baru jumpa semula. Anak buah Cie tu start kerja 23/11 nanti cuma balik awal ke Johor nak bagi anak dia sesuai kat sana pulak.
Sepanjang lepas lahir sampai 2 bulan lebih ni tiap minggu kami balik kampung. Lepas ni jarang la dah balik.







1 Ulasan
sambal pauh klate tu fav....kalo blk umh parent kait buah mangga kt pokok mesti buat menu tu
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.