Menu Dinner 28 April 2026

Pagi tadi adik Rania sarapan dulu sebelum ke sekolah. Dia makan roti putih cicah susu. Balik sekolah tadi dia cerita, dia membuang kat sekolah pagi-pagi tadi sakit perut. Bila makan sakit perut pulak. Tak makan kang takut lapar.

Tak pun nanti hari ada perhimpunan jela kot kena sarapan dulu. Memang kena paksa la makan pagi. Kalau tak suruh memang taknak makan. Katanya nanti awal pagi dah nak membuang kat sekolah. Susah jugak kan. Macam-macam la anak-anak ni.

Hari ni menu dinner simple je. Kering idea dah nak masak apa. Ada ayam, telur, sayur dah cukup. Idea nak mengarang post pun takde ni tapi nak jugak share menu dinner. 

Sejak pageview konsisten ribu-ribu hingga belas ribu sehari ni kena la gigih. Blogger sendu ni gini la. Dapat pageview banyak pun dah semangat.


Cie pun taktau ayam masak apa ni. Selalu jugak masak menu ni. Bahannya Cie blend je. Bawang putih, bawang besar, kunyit hidup, halia, serai, cili padi. Lepas tu tumis sampai pecah minyak baru masukkan ayam dan air. Biar je mendidih sampai ayam masak.

Selalunya Cie letak asam keping. Ada belimbing buluh Cie letak la tadi beberapa biji. Letak perencah cukup rasa dan garam. 

Sebagai tambahan menu protein Cie buat telur dadar hancur. Mulanya nak buat ikan rebus goreng tapinya beku lagi. So tukar kepada telur je.

Mangga Kak Ngah bagi tu ada lagi setengah biji. Cie buat kerabu mangga dan jeruk mangga. Jeruk mangga Cie buat semalam dah habis. 

Kerabu mangga tu Cie hiris serai, bawang holland dan cili padi. Gaul je dengan sos ikan dan nise thai. Tu je bahannya. Sayur lain takde dah ulam timun jela. 

Lepas Maghrib tadi selesai dah dinner. Kami memang makan awal sebelum 8 malam tu dah siap dinner. Dah terbiasa makan awal.


Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Tak pernah lagi try ayam masak style Cie ni....tapi nampak sedap juga tu.

    BalasPadam
  2. Dari bentuk macam ayam opor kalau di sini kak. Saya pagi nih memang nak masak ayam. Tp blm terpikir nak dibuat apa 😄😄

    BalasPadam
  3. Nampak sedap..
    Macam nak masak rendang pula resipi dia

    BalasPadam
  4. Kalau PV Cie yang belas² ribu pun sendu .apatah Linda yang tak capai ribu² ni.. hahaha..
    Apa pun, menulis itu tetapi..

    BalasPadam
  5. Telur dadar tu memang penyelamat, buat tambah2 lauk kan

    BalasPadam
  6. Macam amsak ungkep aje Cie...akak macam Cie la..suka hati je letak bahan...lepas tu letak nama masakan..lepas tu lupa...hahahaha..dulu rajin la cipta resepi sendiri..la ni macam dah jarang...balik2 ulang- ulang itu je menu...

    BalasPadam
  7. masakan ayam tu ada plak telur dadar ngam

    BalasPadam
  8. famili MZ pun jenis dinner awal jugak..memang before 8 pm jugak, kdg2 by 7 pm dh siap mkn

    BalasPadam
  9. Ammi pun selalu sampai rumah terus je dinner....by 7.30pm kira dah settle semua pastu barulah mandi solat bagai.

    BalasPadam
  10. Kena suruh jugalah dia sarapan, risaukan..

    BalasPadam
  11. Masak kuning letak belimbing buluh, sedapnya

    BalasPadam
  12. Kalau pv harian tu dah ribu2 n belasan ribu bukan blogger sendu dah tau 🤣🤣

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.