Menu Dinner 29 April 2026

Start masak lewat sikit hari ni. Lepas solat Asar Cie terus start hayun kettlebell campur excercise pergerakan tangan kaki sikit setengah jam. Lepas tu berjalan atas walking pad. Time rajin ni kita buat. Nanti tiba malas mereput.

Biasanya Cie akan start excercise lepas masak. Selalunya akan penat dah. Ni tadi Cie try excercise dulu baru masak rasanya lagi best. Gigih ek nak collect 10k steps. Aduh tak sempat lagi nak cerita pasal cabaran tu. Nanti la bila ada masa.

Nak share menu dinner malam ni. Cie dah kenyang makan lepas solat Maghrib tadi. Banyak juga menu malam ni. Hihi. Tadi masa scroll reels kat Facebook cari video excercise terjumpa 1 video menu ayam. Nampak mudah terus buat.


Ayam tu gaul dengan tepung bestari lepas tu goreng. Dalam pan lain panaskan butter, masukkan bawang putih cincang. Tumis sampai sedikit kekuningan terus masukkan chilli flake dan dry parsley. Lepas tu tutup api dan masukkan je ayam gaul-gaul je. Dah siap.

Menu seterusnya Cie goreng telur dadar dan ikan rebus. Ikan rebus tu goreng letak bawang dan cili padi. Ada leftover kuah tenpoyak masa masak ikan baru ni so panaskan je letak la kaki ayam dan leher. Ayam tu takde kuah. Anak-anak jenis makan suka kuah.

Sayur masih sama timun dan pegaga je. Sambal Cie buat sambal mangga dan belimbing. Tumbuk cili padi, ikan bilis, belimbing dan mangga cincang. Jadi la sambal. Sedap masam-masam dan masin. Tak pedas sangat maybe cili tu tak pedas.

Buah tembikai susu lepas excercise tadi terus makan dengan asamboi. Sedap betul. Ni jela menu dinner kami malam ni. 




Catat Ulasan

2 Ulasan

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.