Menu Dinner 29 April 2026

Start masak lewat sikit hari ni. Lepas solat Asar Cie terus start hayun kettlebell campur excercise pergerakan tangan kaki sikit setengah jam. Lepas tu berjalan atas walking pad. Time rajin ni kita buat. Nanti tiba malas mereput.

Biasanya Cie akan start excercise lepas masak. Selalunya akan penat dah. Ni tadi Cie try excercise dulu baru masak rasanya lagi best. Gigih ek nak collect 10k steps. Aduh tak sempat lagi nak cerita pasal cabaran tu. Nanti la bila ada masa.

Nak share menu dinner malam ni. Cie dah kenyang makan lepas solat Maghrib tadi. Banyak juga menu malam ni. Hihi. Tadi masa scroll reels kat Facebook cari video excercise terjumpa 1 video menu ayam. Nampak mudah terus buat.


Ayam tu gaul dengan tepung bestari lepas tu goreng. Dalam pan lain panaskan butter, masukkan bawang putih cincang. Tumis sampai sedikit kekuningan terus masukkan chilli flake dan dry parsley. Lepas tu tutup api dan masukkan je ayam gaul-gaul je. Dah siap.

Menu seterusnya Cie goreng telur dadar dan ikan rebus. Ikan rebus tu goreng letak bawang dan cili padi. Ada leftover kuah tenpoyak masa masak ikan baru ni so panaskan je letak la kaki ayam dan leher. Ayam tu takde kuah. Anak-anak jenis makan suka kuah.

Sayur masih sama timun dan pegaga je. Sambal Cie buat sambal mangga dan belimbing. Tumbuk cili padi, ikan bilis, belimbing dan mangga cincang. Jadi la sambal. Sedap masam-masam dan masin. Tak pedas sangat maybe cili tu tak pedas.

Buah tembikai susu lepas excercise tadi terus makan dengan asamboi. Sedap betul. Ni jela menu dinner kami malam ni. 




Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. menu macam ni lah comfort food saya. kalau ada ni memang bertambah pinggan nasi hehe

    BalasPadam
  2. Dietitian cakap..buah tak salah..yang salah asam boi.. hahaha... Rajin Cie, semoga berjaya dengan cabaran tu..malas betul Linda nak join..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang tak salah cuma tak elok makan malam buah tu. seeloknya makan t/hari atau petang. asamboi tu untuk orang sihat boleh je diambil dengan berpada2. orang yang ada darah tinggi je tak boleh ada kandungan garam.

      Padam
  3. Ada telur tu..lengkap hidangan ni ..alhamdulillah

    BalasPadam
  4. Ulaman tu yg selalu membuka selera, tapi saya selalu lupa nak letak dlm hidangan family kerana kat rumah kita seorang je perempuan. Lelaki mana makan ulam @ sayur hehe 😂😂

    BalasPadam
  5. Sedap juga sambal bubuh mangga..
    Semalam akak buat sambal belacan biasa je.

    BalasPadam
  6. Wahh bagusnya setiap hari cukupkan 10k steps!

    BalasPadam
  7. Sedapnya sambal belimbing..
    Kecur air liur! Hehe
    Nak kena mencari lak buah belimbing

    BalasPadam
  8. Suka tengok perkongsian Cie tentang hidangan masakan. Menyelerakan dan seimbang. KKM sure approve ni💪

    BalasPadam
  9. Kita sbg mak ni mmg selalu runsing x tau nak masak apa kan..alih2 ulang menu yg sama ..bahan tu ada tp nak masak kadang buntu

    BalasPadam
  10. Eh iya lah nampak simple resek ayamnya kak. Nantilah nak coba.

    Sambal mangga dan belimbing, langsung terbayang masam segar pedas😍😍.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.