Biasanya Cie akan start excercise lepas masak. Selalunya akan penat dah. Ni tadi Cie try excercise dulu baru masak rasanya lagi best. Gigih ek nak collect 10k steps. Aduh tak sempat lagi nak cerita pasal cabaran tu. Nanti la bila ada masa.
Nak share menu dinner malam ni. Cie dah kenyang makan lepas solat Maghrib tadi. Banyak juga menu malam ni. Hihi. Tadi masa scroll reels kat Facebook cari video excercise terjumpa 1 video menu ayam. Nampak mudah terus buat.
Ayam tu gaul dengan tepung bestari lepas tu goreng. Dalam pan lain panaskan butter, masukkan bawang putih cincang. Tumis sampai sedikit kekuningan terus masukkan chilli flake dan dry parsley. Lepas tu tutup api dan masukkan je ayam gaul-gaul je. Dah siap.
Menu seterusnya Cie goreng telur dadar dan ikan rebus. Ikan rebus tu goreng letak bawang dan cili padi. Ada leftover kuah tenpoyak masa masak ikan baru ni so panaskan je letak la kaki ayam dan leher. Ayam tu takde kuah. Anak-anak jenis makan suka kuah.
Sayur masih sama timun dan pegaga je. Sambal Cie buat sambal mangga dan belimbing. Tumbuk cili padi, ikan bilis, belimbing dan mangga cincang. Jadi la sambal. Sedap masam-masam dan masin. Tak pedas sangat maybe cili tu tak pedas.
Buah tembikai susu lepas excercise tadi terus makan dengan asamboi. Sedap betul. Ni jela menu dinner kami malam ni.


12 Ulasan
sedapnyaa
BalasPadammenu macam ni lah comfort food saya. kalau ada ni memang bertambah pinggan nasi hehe
BalasPadamDietitian cakap..buah tak salah..yang salah asam boi.. hahaha... Rajin Cie, semoga berjaya dengan cabaran tu..malas betul Linda nak join..
BalasPadammemang tak salah cuma tak elok makan malam buah tu. seeloknya makan t/hari atau petang. asamboi tu untuk orang sihat boleh je diambil dengan berpada2. orang yang ada darah tinggi je tak boleh ada kandungan garam.
PadamAda telur tu..lengkap hidangan ni ..alhamdulillah
BalasPadamUlaman tu yg selalu membuka selera, tapi saya selalu lupa nak letak dlm hidangan family kerana kat rumah kita seorang je perempuan. Lelaki mana makan ulam @ sayur hehe 😂😂
BalasPadamSedap juga sambal bubuh mangga..
BalasPadamSemalam akak buat sambal belacan biasa je.
Wahh bagusnya setiap hari cukupkan 10k steps!
BalasPadamSedapnya sambal belimbing..
BalasPadamKecur air liur! Hehe
Nak kena mencari lak buah belimbing
Suka tengok perkongsian Cie tentang hidangan masakan. Menyelerakan dan seimbang. KKM sure approve ni💪
BalasPadamKita sbg mak ni mmg selalu runsing x tau nak masak apa kan..alih2 ulang menu yg sama ..bahan tu ada tp nak masak kadang buntu
BalasPadamEh iya lah nampak simple resek ayamnya kak. Nantilah nak coba.
BalasPadamSambal mangga dan belimbing, langsung terbayang masam segar pedas😍😍.
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.