Cepatnya masa berlalu. 2 November dah hari ni. Bulan November ni sebenarnya ada 2 perkara dalam hidup Cie. Satunya bulan November ni bulan kelahiran Cie. Yang kedua bulan November ni juga la Cie kehilangan ayah tercinta. Gembira dan duka. Begitulah kehidupan kan.
So hari ni Cie seharian di rumah sebab adik Rania ada kelas tambahan UPKK dari 9 pagi hingga 12.30 tengahari. Faiz pulak kalau hujung minggu ke kebun la dia. Ada la sikit tanah dia tanam sawit bersama abangnya. Besar jugak dah sawit mereka tanam tahun 2020.
Cie mereput kat rumah tu yang terajin masak. Sambil menulis blog, sambil blogwalking di hujung minggu. Mengemas rumah je malas sikit. Ahaksss.
Awal pagi Cie masuk kitchen masak mi goreng udang. Kalau ada mi goreng kena ada keropok goreng, telur mata, cili potong, limau dan timun. Lengkap macam-macam ada.
Sebelah tengahari pulak Cie masak lunch. Bila takde idea nak masak apa kita hentam saja la apa yang terlintas di kepala asalkan anak-anak dan suami berselera makan. Beberapa jenis jugak menu lunch hari ni.
Selepas solat Zohor kami lunch. Kenyang makan mata mula kuyu-kuyu je. Sempat la mengarang entri blog sambil tengok Nona kat TV3. Dah tak boleh tahan mata, maka nya terlelap juga sekejap. Belai mata kata orang tu kan. Hihi.
Pukul 5 lebih camtu anak-anak ajak keluar beli aiskrim sambil Cie nak singgah butik Hana Collection nak potong kaki seluar jeans Cie beli kat Shopee tu labuh sangat. Tak selesa nak pakai. Lepas hantar seluar kami ke 7E Cafe.
Beli ais krim, roti cheese sugar bun Mighty White, iced americano untuk Faiz dan Cie order hot cappucino. Cie tak minum lagi hot cappucino tu. Cuma makan ais krim dan roti je kat 7E Cafe tu. Lepas melepak kejap kami pusing-pusing bandar Lipis dulu baru la balik rumah.
Sampai rumah dah nak Maghrib. Lepas solat masuk kitchen pulak buat murtabak mi segera. Anak-anak taknak makan nasi. Kebetulan sos hijau makan dengan vietnamese roll semalam ada lagi boleh la makan dengan murtabak mi segera ni. Cie guna numee mi segera Gardenia tu. Cie punya letak cheese sekeping sedap jugak. Makan dengan salad cukup kenyang dah menu dinner.
Lepas dinner Cie curah la air cappucino Cie tu ke dalam gelas sebab nak letak ice. Sekali tengok eh gelap je macam americano je. Confirm adik 7E Cafe tu tersalah buat tadi. Maybe dia terbuat dua-dua Americano. Dah cawan camtu kan tak nampak la isi di dalam. Takpela kan minum jela walaupun kemungkinan besar mata terkulat-kulat takmau tidur ni kang.


2 Ulasan
Berbaloi masak sendiri, sediakan sendiri seisi keluarga menikmati air tangan ibu
BalasPadam
BalasPadamAlhamdulillah. Ibu yg rajin adalah rezeki terbesar utk anak2.
Dah lama tak buat murtabak megi. Tak de mood nak buat kecuali anak3 ada.
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.